,
Laman Utama

[VIDEO] “Saya Rela Diceraikan Kalau Dia Nak Kahwin Lain” - Ezzaty Abdullah Tolak Poligami

Asyikin Mayudin
13/03/2023
14:50 MYT
Pelakon Ezzaty Abdullah menegaskan dia sememangnya menolak secara keras poligami dan lebih rela diceraikan daripada menjalani kehidupan bermadu.
Mengakui dirinya tidak kuat, Ezzaty pernah memberitahu suaminya iaitu aktor Azwan Kombos agar berterus-terang sekiranya sudah mempunyai wanita lain.
“Saya memang menolak secara kerasnya poligami. Ada artikel pernah tulis ‘Ezzaty rela diceraikan daripada hidup bermadu’… betul! Memang betul. Artikel tu saya okay, sebab itu yang saya nak.
“Sebab saya nak orang tahu, yang saya memang tolak sekeras-kerasnya poligami. Saya minta maaf, macam saya, diri saya sendiri saya tahu tak kuat.
“Saya tak kuat untuk terima begini tu. Saya rela diceraikan kalau dia nak kahwin lain. Saya selalu cakap dekat dia (suami) ‘kalau awak ada orang lain, beritahu saya boleh tak’.
“Sebab saya tak nak kacau tapi yang penting anak-anak dengan saya,” katanya.
Bersyukur tidak pernah diuji dengan gangguan orang ketiga, Ezzaty bagaimanapun menasihati wanita diluar sana agar sentiasa menjaga hati kaum hawa yang lain.
“Kita tak tahu masa depan kita macam mana… Alhamdulillah, sekarang ini kita tak ada lagi kes menyondol. Saya dapat tahu ada group geng penyondol yang akan sokong penyondol di Malaysia.
“Ya Allah, mereka tahu tak maksud penyondol itu apa. Bagi saya, jangan menyondol… kalau betul suka suami orang itu, why not korang berbaik dengan isteri pertama.
“Kadang-kadang hati seorang perempuan ini boleh lembut. Daripada dia tak tahu boleh terima bermadu ke tak. Tapi kalau berbaik dengan dia, mungkin terbuka hati.
“Daripada korang menyondol dan rasa suami orang itu hak korang itu lagi tak baik. Tolong la jangan jadi macam itu. Kita wanita kena jaga hati wanita lain,” ujarnya.
Untuk rekod, Ezzaty mendirikan rumah tangga dengan Azwan pada tahun 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata Harum Dalia serta Ahmet.
@pama.my Tak semua wanita kuat untuk bermadu. Nak menyondol tu pikir-pikir dulu. #fyp #fypシ #bermadu #bermadu #penyondollakiorang #penyondolrumahtanggaorang ♬ original sound - Pa&Ma
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Hugh Jackman Curang Sampai Cerai, Isteri Penulis Skrip Jadi Penyondol

gempak
13/11/2024
13:59 MYT
Aktor berprolifik Hugh Jackman kini menjadi bualan hangat di Hollywood kerana didakwa curang sebelum bercerai dengan isterinya, Deborra-lee Furness.
Hiburan

"Faham Semua Orang Tengah Marah Sangat" - Watak Penyondol Menjadi, Mimi Lana Mohon Jangan Doa Buruk

gempak
08/11/2024
16:55 MYT
Pelakon tinggi lampai, Mimi Lana memohon orang ramai agar tidak mendoakan keburukan ke atas dirinya hanya disebabkan geram dengan watak penyondol bernama Intan dalam drama popular Andai Tiada Dia.
Hiburan

Pilih Jadi Penyondol, Elvina Mohamad Akui Wanita Sekarang Pilih Jalan Singkat Nak Hidup Mewah - "Mereka Tak Tahu Realiti Sebalik…”

gempak
05/11/2024
04:55 MYT
Namun, bagi pelakon yang popular menerusi drama Seadanya Aku, mereka yang memilih jalan singkat ini tidak tahu realiti sebalik kehidupan perkahwinan itu.
Hiburan

"Nak Jadi Penyondol Tak Perlu Cantik, Cuma Perlukan Lelaki Yang Tak Reti Bersyukur" - Mimi Lana

gempak
31/10/2024
07:25 MYT
Pelakon jelita Mimi Lana mencuri perhatian menerusi kapsyen terbaharu di Instagramnya, berkongsi tentang penyondol.
Hiburan

“Semua Wanita Takut Sekiranya Rumah Tangga Diganggu Orang Ketiga” - Mira Filzah

gempak
13/10/2024
01:55 MYT
Pelakon, Mira Filzah bersikap terbuka untuk terlibat dalam naskhah yang mengangkat isu masalah rumah tangga melibatkan isu ‘curang’.
Unitar