Lakonan anak kepada pelakon Zarina Zainudin, Muhammad Raizal Azrai menerusi sebuah telefilem terbaharu menerima pujian positif daripada wargamaya.

Biarpun lakonan tersebut merupakan cubaan pertama Raizal atau mesra disapa Azal membawakan watak utama, namun hasil yang dipamerkan ternyata memberi kesan kepada orang ramai.

Menerusi hantaran di laman TikTok, Zarina memuat naik beberapa sedutan drama berkenaan buat tontonan umum.

@zarinazainuddinzz

please support azal malam ni jam 9 mlm drama kasih dari syurga lakunan azal sebagai hero di tv2 rtm

♬ original sound - Zarina Zainuddin

Drama yang disiarkan menerusi sebuah televisyen tempatan itu turut menampilkan Zarina yang membawakan watak ibu kepada Azal.

Menjengah ke ruagan balas, rata-rata wargamaya memuji hasil lakonan Azal dan menyifatkan remaja berusia 26 tahun itu mempunyai bakat berlakon persis ibunya.

“Pandainya Azal berlakon, berbakat macam ibunya,” ujar seorang wargamaya.

“Saya dah tengok, memang hebat Azal,” komen seorang netizen.

“Hebatnya Azal berlakon, tahniah Zarina. Saya sanggup tunggu sampai habis walaupun jenis tidur awal,” kata seorang warganet.

Terdahulu, media tempatan melaporkan Zarina berkongsi rasa teruja untuk menyaksikan telefilem pertama lakonan anak istimewanya itu.

Dalam pada itu, Zarina turut menngucapkan terima kasih kepada pihak pengarah telefilem berkenaan yang memberi peluang kepada anaknya.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!