Laman Utama

[VIDEO] “Saya Sedih Diduakan” - Afiq Muiz Fail Tuntutan Nusyuz Terhadap Isteri

gempak
Izwan Isa
15/06/2023
10:24 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] “Saya Sedih Diduakan” - Afiq Muiz Fail Tuntutan Nusyuz Terhadap Isteri
Pelakon Afiq memfailkan tuntutan nusyuz terhadap isterinya Nur Aaira Mahadeya, 32, atau Pachara atas dakwaan menjalinkan hubungan dengan lelaki lain.
Afiq atau nama sebenarnya Muhammad Afiq Muiz, 31, yang tampil bersama peguam, Mohd Yazit Sa'at menjelaskan perkara tersebut selepas prosiding sebutan semula permohonan tuntutan cerai secara fasakh oleh Pachara di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Subang Bestari, Shah Alam, petang tadi.
Mahkamah di sini kemudiannya menetapkan 4 Julai sebagai tarikh baharu bagi sebutan tuntutan nusyuz di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.
BACA: "Bohong Je Kerja, Aku Malas Nak Cari Jantan-Jantan Yang Kau Scam" - Afiq Muiz Dedah Mesej Curang Isteri
Selepas hampir dua jam prosiding berjalan, Afiq berkata, dia memfailkan nusyuz disebabkan mahu pembelaan terhadap dirinya.
“Kami akan berpindah ke Mahkamah Rendah Syariah Sepang dan kami akan sabitkan nusyuz di sana. Sekitar lebih sebulan lalu, kami failkan nusyuz dan sebutan pertama adalah pada 4 Julai depan.
“Saya failkan nusyuz berikutan Pachara ada lelaki lain dan melakukan perkara yang melanggar hukum syarak. Ia adalah antara sebab kenapa saya failkan nusyuz dan saya ada bukti dan akan bawa semua itu ke mahkamah.
@astrogempak #GempakNews : Kes sebutan cerai pelakon Afiq Muiz dengan isteri, Pachara Apin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling. Ikuti Gempak.com untuk berita lanjut #afiqmuiz #pacharaapin #cerai ♬ original sound - Gempak
“Saya sedih bila diduakan dan sebagai suami, saya juga sedih sebab isteri saya tak mendenhgar cakap saya serta buat hal yang dilarang. Saya berdiam diri selama ini sebab itu saya berdiam diri selama ini,” katanya.
Ketika ditanya adakah dia mahu menyelesaikan kemelut rumah tangganya secara baik, Afiq menyerahkan segalanya kepada mahkamah.
“Saya tunggu pihak mahkamah buat keputusan dan saya hanya ikut arus sahaja. Kita tengok apa yang pihak mahkamah putuskan nanti. Kita akan tengok juga siapa yang akan berjaya dalam kes ini.
Sementara itu, peguam syarie mewakili Afiq iaitu Mohd Yazit Sa'at berkata prosiding hari ini akan bersambung pada 13 Julai depan di mahkamah sama.
Terdahulu, berlangsung prosiding permohonan tuntutan cerai secara fasakh oleh Pachara di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Subang Bestari, di sini. Prosiding pada hari ini membabitkan keterangan daripada Pachara.
Fasakh bermaksud pembubaran nikah disebabkan oleh sesuatu perkara yang diharuskan oleh hukum Syarak.
Pachara difahamkan memfailkan permohonan fasakh terhadap Afiq pada Oktober tahun lalu.
Selain itu, Pachara turut membuat laporan polis pada 14 Mei 2021 lalu atas dakwaan Afiq menampar bahagian mukanya sebanyak lima kali, selain menendang perut dan menumbuk bahagian dagu sebanyak dua kali.
Pada November tahun lalu, media melaporkan Afiq membuat laporan polis berhubung dakwaan isterinya yang dianggap fitnah.
Afiq dilapor menyerahkan kepada peguam untuk tindakan susulan berhubung tuduhan kaki pukul dilemparkan wanita terbabit.
BACA: "Kalau Benci Sangat, Lepaskan Saja" - Isteri Dakwa Afiq Muiz Sengaja Lengahkan Cerai
Sebelum ini, Pachara yang berasal dari Ranau, Sabah memuat naik kenyataan dalam Facebook (FB) dan TikTok mendakwa Afiq pernah mengasarinya sehingga membuatkan kaki dan jarinya patah.
Kenyataan itu mendapat komen balas adik Afiq, Aishah Azman yang bengang dengan tindakan Pachara yang didakwa membuat kenyataan palsu dalam media.
Afiq mendirikan rumah tangga dengan Pachara pada 27 Mac 2019 selepas setahun berkenalan di lokasi penggambaran drama Air Mata Syurga.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live