[VIDEO] "Saya Suka Berhalusinasi" - Mafarikha
Amri Hassan
18/08/2022 12:39 MYT
18/08/2022 12:39 MYT
Selepas viral dengan lagu remake Zaiton Sameon, Kabut Serangkai Mawar, penyanyi Mafarikha muncul dengan single ketujuh berjudul Angin.
Rangka asal lagu Angin telah ditulis oleh Mafarikha pada lapan tahun lalu ketika sedang melanjutkan pengajiannya di Multimedia University, Cyberjaya yang berulang-alik ke rumahnya di Cheras.
Kata Mafarikha, sepanjang perjalanan itu, dirinya akan meluangkan masa berkhayal dan mengelamun, tanpa mendegar radio sambil menulis lagu dalam kepalanya.
"Lagu ini tiada kaitan dengan hidup saya pun. Saya suka berhalusinasi, memikirkan tentang pengalaman orang lain dan mencipta senario yang dialami orang selain daripada pengalaman saya sendiri. Lagu ini tidak mempunyai makna tersendiri dalam hidup saya.
"Saya sekadar mahu mencipta sebuah lagu yang saya suka dan untuk pendengar juga suka apa yang mereka dengari," terang Mafarikha tentang maksud di sebalik lagu ini.
Angin merupakan sebuah lagu yang telah dicipta dan dinyanyikan oleh Mafarikha Akhir dan diterbitkan oleh Luncai Emas Sdn Bhd. Lagu ini telah dirakamkan di Studio Ronggeng pada awal tahun ini dan mengambil masa selama lebih kurang 3 bulan untuk disiapkan.
Berbanding daripada lagu-lagunya yang lain, lagu ini mempunyai sesuatu yang berbeza buat Mafarikha.
"Prosesnya berbeza kali ini. Untuk single-single saya yang sebelum, saya akan menggunakan perkhidmatan penulis-penulis lain dan sekadar menyanyikan apa yang telah ditulis setelah lagunya siap. Kali ini saya turut serta di dalam prosesnya dari awal sampai akhir.
"Saya juga yang menulis lagu dan lirik, dan sentiasa menukar pendapat bersama produser Pi’e dan ahli-ahli Luncai Emas tentang apa yang sedap, apa yang perlu diubah, mesej apa yang ingin disampaikan dan sebagainya," ujarnya.
Mafarikha berharap bahawa lagu Angin akan membawa beliau ke taraf yang lebih tinggi, dan destinasi yang lebih jauh daripada single-single beliau yang sebelum.
Kini lagu Angin boleh dilayani di Youtube dalam bentuk video lirik. Pendengar boleh menikmati lagu Angin di semua platform streaming seperti Spotify, JOOX, Deezer dan iTunes dalam masa yang terdekat.