Laman Utama

[VIDEO] "Saya Tak Suka Pergi Konsert, Sebab Muzik Haram" - Suami Fatin Afeefa

gempak
Shahrin Zulkifle
20/02/2023
00:00 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] "Saya Tak Suka Pergi Konsert, Sebab Muzik Haram" - Suami Fatin Afeefa

Sejak mendirikan rumah tangga pada Disember tahun lalu, nama pelakon Fatin Afeefa dan suami, Aliff Awang sering mendapat perhatian ramai.

Malah apa sahaja yang dikongsi pasangan itu di laman sosial mereka, pasti akan menjadi bual mulut wargamaya.

Terbaharu, Opai menerusi sesi siaran langsung di TikTok sempat menjawab satu soalan daripada warganet yang bertanyakan sama ada dia akan hadir ke konsert band popular Indonesia iaitu ST12 atau tidak.

Bagaimanapun, jawapan yang diberikan Opai telah mengundang pelbagai reaksi wargamaya apabila dia menyatakan dirinya tidak gemar menghadiri konsert kerana menyifatkan muzik adalah perkara yang haram.

Malah, jelasnya dia hanya gemar mendengar alunan zikir.

“Saya tak suka pergi konsert, sebab dengar muzik ini haram.

“Saya dekat rumah pasang zikir sahaja,” kata Opai.

Siaran langsung tersebut kemudian dirakam dan dimuat naik semula oleh seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama @babes_faa.

@babes_faa ?? #suamiistribahagia #suamifatinafeefa #fatinafeffa #artismalaysia #artismalaysia #suamifatinafeefa ♬ original sound - vii_dio

Menjengah ke ruangan balas perkongsian berkenaan, rata-rata wargamaya menyelar jawapan yang diberikan Opai apabila mereka membandingkan kerjayanya sebagai seorang Forex trader yang jelas hukumnya adalah haram.

“Forex tak haram ke?” ujar seorang netizen.

“Forex halal? Tanya je,” kata seorang wargamaya.

“Forex halal ea bro?” kata seorang warganet.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live