,
Laman Utama

[VIDEO] "Saya Takut Jadi Fitnah Lain, Kan Dikata Datang Bawa Sihir" - Iqbal Zulkefli

Amri Hassan
09/08/2022
07:30 MYT
Pelakon, penyanyi dan usahawan viral, Iqbal Zulkefli menegaskan perjumpaan dengan jutawan kosmetik Datuk Seri Vida semalam bukan dibuat-buat.
Malah, Iqbal memberitahu sudah setahun tidak berhubung dengan bekas wanita yang hampir menjadi suri hatinya itu.
"Setelah setahun tidak berhubung dengan Datuk Seri Vida.
"Kali terakhir kami berbicara baik pada bulan September tahun lepas. Biarlah saya mengalah dan dimarahi asalkan kami tidak hidup bermusuhan.
"Ada yang ingat ini drama buat-buat? Untuk marketing? Tidak sama sekali. Jika ada yang perasan, lima tahun lepas kisah saya dengan Dato Seri Vida pernah viral.
"Cuba baca, kenyataan saya tetap tidak berubah. Tidak mungkin drama ini diatur sejak lima tahun lalu lagi betul?" tulisnya pada kapsyen video di Instagram.
Dalam video berkenaan Iqbal yang berbaju batik 'menerjah' Vida yang sedang berdiskusi bersama beberapa individu lain di meja makan sebuah restoran.
"Awak ingat saya ni apa, datang terjah saya depan rakan bisnes saya. Kat drama hari tu lain, datang macam ni suka hati.
"Mu nak datang nak pergi, nak cerita tak nak, nak nikah tak nak. Ingat tak apa yang berlaku?" sergah Vida dalam nada meninggi suara.
Sambil merekod, momen pertemuan itu memperlihatkan reaksi Vida yang ternyata kaget dan terkejut dengan kemunculan spontan Iqbal.
"Saya takut jadi fitnah lain kan dikata saya datang bawa sihir, saya rekod awal-awal hal sebenar. Apapun komen baik buruk, pendapat kalian, saya terima," kata Iqbal lagi.
Dalam pertemuan itu, Iqbal dan Vida kembali berdamai.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Tom Holand Sah Kembali Jadi Spider-Man: “Saya Tidak Sabar”

gempak
24/10/2024
03:45 MYT
Tom Holand akhirnya mengesahkan akan kembali bermain dalam saga ke empat Marvel yang cukup ikonik dengan dirinya, Spider-Man.
Hiburan

"Saya Sendiri Rasai Pengalaman" - Ella Puji Rawatan Hormon Skyhill Clinic, Tak Mustahil Diiktiraf Malaysia Book Of Records!

gempak
23/10/2024
18:30 MYT
Penyanyi Ella berkongsi pengalamannya menjaga dan melakukan rawatan hormon di Skyhill Clinic sejak beberapa tahun lalu.
Viral

Dibayar RM60, Dibelasah Jika Tolak Melacur! Imigresen Selamatkan 7 Wanita Dari 'Kapten' Bangladesh

gempak
23/10/2024
15:25 MYT
Imigresen menyelamatkan tujuh wanita warga Vietnam yang disyaki dipukul jika enggan melacur, dalam serbuan di sebuah premis kedai dua tingkat di Klang, Isnin lalu.
Viral

Influencer Buka Cerita Peluk Islam - "Bila Tengok Kawan Solat, Ambil Wuduk, Saya Lebih Tertarik"

gempak
23/10/2024
14:02 MYT
"Saya tak pernah menyangka akan memeluk Islam lebih-lebih lagi dalam usia muda tapi bersyukur kerana Allah SWT buka hati untuk terima hidayahNya."
Viral

Buat Hal! Pelancong China Lastik Haiwan Di Zoo, Netizen Panas Hati

gempak
23/10/2024
13:25 MYT
Seorang pelancong China menerima kecaman orang ramai kerana melastik seekor badak air popular dalam kejadian di sebuah zoo di Thailand, lapor akhbar Metro UK baru-baru ini.
BorakSeeni