Pengacara dan pelakon Scha Al Yahya mencuri tumpuan wargamaya apabila mula membuka akaun TikTok semalam.

Menerusi laman sosial itu, Scha atau nama asalnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya, 39, memuat naik video TikTok pertamanya.

“My first bertiktok, jadi macam mana, jadi ke idok?” tulisnya pada kapsyen.

Sementara itu, Scha turut meletakkan tanda pagar #Fyp #Foryou sepertimana dilakukan kebanyakkan pengguna laman tersebut.

@user7291461960509 My 1st berTIKTOK , so , amacam jadi ke idok ?? #fypシ #foryou ♬ Beat Automotivo Tan Tan Tan Viral - WZ Beat

Pada video tersebut, Scha berkongsi kandungan ‘transition’ yang sedang trending di laman TikTok dimana pada awalnya dia mengenakan baju berwarna hitam kosong sebelum bertukar kepada baju bercorak bunga-bungaan.

Menggunakan nama @SchAwal sempena gabungan namanya dan suami, Awal Ashari, perkongsian pertama Scha telah menerima lebih 130,000 tontonan dan 10,000 ribu tanda suka.

Sementara itu, wargamaya yang singgah ke ruangan balas mengalu-alukan kehadiran ibu kepada dua cahaya mata itu ke ‘dunia’ TikTok.

Sehingga artikel ini ditulis, akaun SchAwal telah mengutip lebih 5000 pengikut.