Pasangan selebriti Scha Alyahya dan Awal Ashari teruja apabila dapat pertama kali berpeluang bertengangan mata dengan aktor popular Korea Selatan, Lee Min Ho.

Mereka yang bertemu ketika menghadiri Minggu Fesyen Milan 2022 itu sempat beramah mesra dengan Lee Min Ho serta menyapa “Hello brother”

Scha dan Awal duduk sebaris di hadapan tempat duduk minggu fesyen itu untuk acara pertunjukan fesyen jenama terkenal Boss.

Selain Min Ho, Scha dan Awal turut berpeluang bergambar dan merakam video beberapa selebriti ternama lain seperti Naomi Campbell, Future Hendrix, Khaby Lame, Yzomandias dan J Balvin.

“Rakam momen teruja saya bersama Lee Min-ho, Naomi Campbell, Future Hendrix, Khaby Lame, Yzomandias dan J Balvin untuk anda semua (dan kami),” tulis pasangan itu dalam Instagram.

Dalam video tersebut, jelas kelihatan Min Ho bersikap sangat mesra dan melayan perbualan Scha serta Awal yang teruja melihatnya di depan mata.

Min Ho dalam pada itu sempat memberitahu mereka yang dia akan bertandang ke Kuala Lumpur pada minggu depan sempena penganjuran konsert ulang tahun CUCKOO.

A post shared by Awal Ashaari ® (@awalashaari)