Laman Utama

[VIDEO] “Sebagai Seorang Ibu, Saya Sangat Sakit Hati…” - Fazura

gempak
Asyikin Mayudin
09/04/2023
06:55 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] “Sebagai Seorang Ibu, Saya Sangat Sakit Hati…” - Fazura
Isu kanak-kanak dan bayi didera ketika berada di pusat pengasuhan atau taska sehingga ada yang meninggal dunia turut mendapat perhatian pelakon Nur Fazura.
Fazura menerusi video yang dikongsikan di TikTok memberi pesanan kepada semua pengasuh dan pemilik taska untuk memegang amanah menjaga anak-anak orang dengan baik.
“Saya sangat geram dan sakit hati sebab lately ni banyak sangat isu bila ibu bapa hantar anak ke taska tetapi dalam masa yang singkat, tiga hari, sebulan, anak-anak cedera.
“Kena pukul sampai meninggal dunia semua. Pesanan ya untuk semua yang nak bekerja di taska, nak buka taska ke, kalau tak ada rasa nak jaga anak orang, tak payah la jaga… tolonglah!
“Kita dah la penat melahirkan, membesarkan anak, kadang-kadang ada di antara kita yang menunggu zuriat bertahun-tahun… hantar ke taska dua tiga hari, sampai cedera teruk.
“Yang baru-baru ini sampai tempurung kepala cedera, koma, ada yang sampai meninggal dunia. Lepas itu, baru terbaharu kurung anak-anak kecil dalam bilik yang sempit tanpa diberikan makanan dan sebagainya,” katanya.
Pada perkongsian yang sama, isteri kepada aktor Fattah Amin ini juga mengakui dia berasa marah dan terkilan dengan sikap pengasuh dan pemilik taska yang tidak bertanggungjawab.
“Jadi, tolonglah jangan penting diri sendiri. Tahu la nak cari rezeki, tapi carilah rezeki dengan ikhlas. Kalau tak nak kerja menjaga bayi, tolonglah cari kerja lain.
“Saya memang sangat kecewa dan sakit hati. Sebagai seorang ibu, saya sangat sakit hati. Pesanan untuk semua, siapa yang jaga pengasuh, pemilik taska ke, ambillah orang betul-betul ikhlas,” ujarnya.
@fazuraofficial
Sayangi lah anak-anak yg diberi kepercayaan pada kamu untuk menjaga anak mereka dgan baik. Ingat lah, Allah SWT sentiasa melihat.
♬ original sound - Fazura
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live