Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

[VIDEO] “Sebenarnya Dia Tahu Kau Intai Dia” - Rakaman ‘Hantu’ Menari Di Bilik Kosong Rumah Jiran Jadi Bualan Netizen

Izwan Isa
19/05/2022 15:30 MYT
Apakah perasaan anda jika terlihat kelibat individu sedang menari di sebuah bilik yang tidak berpenghuni? Mungkin itulah yang dialami oleh seorang individu yang merakam detik-detik seram menyaksikan kejadian mistik di hadapan matanya baru-baru ini.

undefined
Individu yang merakam rakaman berkenaan memberitahu yang aduan telah dibuat kerana jiran di hadapan rumahnya itu sering memasang lagu dengan kuat sambil menari.

Kemudian, dia merakam kejadian ‘tarian’ tersebut untuk dijadikan sebagai bahan bukti sebelum melaporkan gangguan bunyi bising berkenaan kepada pihak polis.

Sungguhpun sudah beberapa kali aduan dibuat dan setiap kali polis tiba di kawasan rumah tersebut, bilik berkenaan yang tadinya terang bertukar gelap dan muzik dimatikan secara serta merta. Seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Lebih menyeramkan, menurut tuan rumah, bilik tersebut tidak berpenghuni dan ketika kejadian, tuan rumah berkenaan tiada di situ kerana keluar bekerja.

Netizen di ruangan komen memberikan respons berbeza terhadap kejadian seram tersebut.

“Benda macam ni selalunya dia akan tunjuk dekat orang tertentu sahaja. So mybe jiran tu ‘bertuah’ la dia boleh nampak.”

“Sebenarnya dia tahu kau intai dia dan tengah rakam dia. Jadi dia sengaja muncul dalam bilik tu.”

“Kes macam ni biasa tuan bilik ada memakai. Mungkin dia sendiri tak tau tapi family dia tau. Benda berdamping ni memang menyerupa, apa tuan dia buat dia buat.”

#Mistik #Hantu Menari #Lembaga Menari