Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

[VIDEO] “Sedap, Jelas, Padat Dan Puas Bila Dengar” – Netizen Jatuh Cinta Dengar Suara Ernie Sampaikan Lagu Casablanca

Shahrin Zulkifle
17/07/2022 07:00 MYT
Lagu Casablanca versi penyanyi bervokal mantap, Ernie Zakri telah menambat hati ramai wargamaya.

Video yang dimuatnaik pengguna @ErnieGrandeBrunoMel tular di laman TikTok dan menerima ribuan pujian peminat selepas mendengar alunan suara merdu penyanyi kecil molek itu.

@ImranRashid : “Ernie tidak pernah mengecewakan”.

@Affizykhairy : “Sedapnyaaaaaaaa”.

@Aleppo : “Sumpah doh suara Ernie sedap sangat”.

@Suriani85 : “Sedap, jelas, padat dan puas bila dengar. Mohon Ernie dan Syamel cover penuh”.

@Mukhrizzz : “Apa ini sedap sangat la woi” antara komen yang ditinggalkan wargamaya.

Pemilik nama asli Nur Ernie Shahirah Zakri mendendangkan lagu tersebut ketika tampil sebagai artis undangn dalam rancangan Sepahtu Reunion Live pada Khamis yang lalu.

Terlihat juga beberapa komen diruangan balas yang tidak bersetuju untuk membandingkan nyanyian Ernie dengan penyanyi asalnya, Nuha Bahrin.

“Kenapa ada yang bandingkan ni? Masing-masing ada cara tersendiri.

“Tak kata Nuha nyanyi tak sedap, sedap juga. Cumanya kesedapan itu berbeza dengan Ernie.

“Kita bukan sesiapa untuk menilai nyanyian mereka.

“Ernie kan guru vocal dan Nuha masih baru, jadi mana boleh untuk kita bandingkan mereka,” antara komen yang ditinggalkan.

Selain Ernie, Siaran Langsung rancangan tersebut turut mengundang pelakon hebat, Datin Fouziah Gous sebagai tetamu istemewa pada malam itu.

undefined
#Viral #Syamel #Jep Sepahtu #Ernie Zakri #Sepahtu Reunion Live #Fouziah Gous #TikTok