Penyanyi Mila Jirin mendapat perhatian selepas memuat naik satu video di TikTok miliknya baru-baru ini.

Video itu merakamkan dirinya sendang mendendangkan kagu Senja Nan Merah nyanyian asal Datuk Awie dan Ziana Zain secara santai.

“Rindunya nak menyanyi… Setelah sekian lama tak pegang mic,” tulisnya ringkas.

Bagaimanapun di ruangan komen, ramai yang memuji dan merindui suara lunaknya sehingga ada mencadangkan Mila untuk memasuki program GegarVaganza.

“Masuklah GV kak Mila, rindu nak dengar menyanyi macam dulu,” tulis seorang netizen.

Mila kemudiaannya membalas komen tersebut dan menyatakan perlu mendapat keizinan suaminya terlebih dahulu.

“Insya-Allah, kena pujuk encik suami sikit,” tulisnya.

@milajirin_bizmilla Rindu nya nak NYANYI … Setelah sekian lama tak pegang MIC ? @AllAboutBizmilla #Bizmilla #WeddingHall #BanquetHall #Mila #MilaJirin #LamanAsmara #ZianaZain #Awie ♬ original sound - MILA JIRIN

Terdahulu, Mila merupakan juara program popular Akademi Fantasia musim kelima pada tahun 2007.

Kemenangannya itu sekaligus berjaya memecahkan tradisi juara AF yang sering dimenangi oleh kaum lelaki.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.