Sebagai umat Islam, kita memang sentiasa digalakkan untuk bersedekah, lebih-lebih lagi apabila kita mempunyai kemampuan yang lebih.

Bersedekah bukan sahaja dapat meringankan beban si penerima, malah membuatkan si pemberi memahami kepayahan atau perit jerih mereka yang mungkin berada dalam kesusahan.

Mungkin hal itu dapat dilihat menerusi interaksi Shuib Sepahtu dengan seorang kanak-kanak baru-baru ini.

Menerusi sepotong video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, Shuib dilihat memberi sejumlah wang kepada kanak-kanak itu yang kebetulan sedang berjualan makanan ringan di sebuah kedai makan.

Pada video berkenaan, tertulis kapsyen: “Patutlah Shuib kaya, dia sentiasa bersedekah.”

@malaysianupdatenews Terbaik Shuib ?? #malaysianupdate #videoviral ♬ Tiara - Raffa Affar

Meninjau ruangan komen, kelihatan ramai yang memberi pujian terhadap keikhlasan hati Shuib dalam melakukan amal jariah.

“Shuib memang suka bersedekah… masa dia jadi DJ Sinar FM dulu, pagi-pagi dia selalu beli makanan kat semua pekerja-pekerja dalam tu.”

“Aku memang respect dengan Shuib ni selalu sedekah… Hope one day aku pun selalu sedekah dan membantu orang yang memerlukan.”

“Shuib seorang yang baik dan tak fake… walaupun tak pernah jumpa depan-depan tapi memang nampak dia baik.”

“Baiknya Shuib. Terima kasih Siti Sarah sebab telah mengajar Shuib untuk ringankan bersedekah.”

Terdahulu, menerusi laporan media, Shuib pernah memberitahu yang arwah isterinya, Siti Sarah telah banyak mengajarnya bersedekah.

Shuib turut menjelaskan, menerusi amalan bersedekah, seseorang itu tidak akan berasa rugi.