[VIDEO]“Sedih Mendengarnya…”- Dicurangi Suami, Hetty Koes Endang Nasihat Lesti Kejora Macam Anak

Syafiqah Jalal
Oktober 2, 2022 03:52 MYT

Penyanyi lagenda Indonesia, Hetty Koes Endang luah rasa sedih apabila mendengar kisah keretakan rumah tangga pasangan Lesti Kejora dan Rizky Billar baru-baru ini.

Hetty yang menganggap Lesti sebagai anaknya meminta agar dia terus kuat hadapi dugaan itu.
“Perlu kuat dan sabar. Sedih Bubun (panggilan namanya) mendengar khabar keadaan kamu. Ketika ini Bubun masih di Kuala Lumpur sebagai juri Gegar Vaganza malam ini.
“Bubun sayang sama kamu sudah dianggap sebagai anak,” luahnya.
Hetty yang juga dikenali sebagai Bunda berkongsi perkara berkenan di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu dia memuat naik rakaman video saat menghadiri majlis perkahwinan pasangan itu.
Sejak minggu lalu, kisah rumah tangga Lesti dan Rizky menjadi bualan selepas sang isteri membuat laporan polis tentang keganasan rumah tangga serta kecurangan suaminya.

#Anak #Suami #Curang #Nasihat #Hetty Koes Endang #Lesti Kejora #Dicurangi