Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

[VIDEO] “Sedihnya Bila Suami Dah Tak Ingat Isteri” – Ramai Emosi Tonton Akira Khan! Raden Hilang Ingatan, Keliru Dah Kahwin Atau Tidak

Mya Amri
09/02/2023 09:42 MYT
Drama bersiri Akira Khan yang kini sedang ditayangkan menerusi slot MegaDrama saluran Astro Ria mendapat perhatian penonton.

Ini kerana episod terbaharu yang ditayangkan kali ini benar-benar bermain dengan emosi di mana babak yang menunjukkan bahawa Raden (Kamal Adli) tidak mengingati isteri kesayangannya iaitu Akira (Uqasha Senrose) kerana hilang ingatan.

Babak sedih itu dikongsi Kamal dalam hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya itu merakamkan raut wajah Akira yang sayu dengan menahan air mata kerana melihat suaminya, Raden dari jauh.

Walaubagaimanapun, Raden kemudian memandangnya namun lain pula yang berlaku apabila air muka suaminya itu seolah-olah menunjukkan tidak mengenali Akira.

A post shared by K.A (@kamaladli)

Dalam pada itu, di ruangan komen pula rata-rata penonton meluahkan rasa sedih melihat babak yang dikongsi Kamal itu.

Antara komen yang diterima adalah:

“Raden dah tak ingat siapa Akira... Sedihnya lah,”

“Alaaaa sedihnya tengok Akira… Sampai hati Raden kan!”

“Akira punya gembira tu bila dapat jumpa suaminya balik tapi malangnya Raden langsung tak ingat dah siapa Akira sebenarnya. Sedihnya wey...”

Apa yang berlaku dalam episod seterusnya?

Saksikan Akira Khan yang kini disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria dan untuk pilihan yang lebih fleksible boleh strim di Astro GO.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

#Uqasha Senrose #Kamal Adli #Astro Ria #Akira Khan
;