Sebuah video memperlihatkan pelakon Amar Baharin sedang mengalunkan bacaan suci ayat Al-Quran mencuri tumpuan wargamaya.

Menerusi muat naik terbaharu di Instagram, Amar bersyukur apabila berpeluang dapat membacakan surah Al-Mulk sambil bacaannya diperiksa oleh seorang Qari Imam Masjid Al-Kabir Al-Afasy.

“Semalam alhamdulillah dapat peluang tahsin (memperbaiki) surah bersama Sheikh Al Afasy.

“Hari ini abang (Amar) cuba perbetulkan bacaan abang Insya-Allah,” tulisnya pada kapsyen.

A post shared by Amar Baharin (@amarbaharin)

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya memuji kelunakan suara Amar selain menganggap bacaan tajwid aktor tersebut semakin bagus.

Malah tidak kurang juga yang beterima kasih kepada Amar kerana dapat belajar bersama mengenai cara bacaan yang betul.

“Alhamdulillah, akak suka Amar ini, sejuk tengok bila mengaji, menghafal surah, semoga anak-anak akak macam Amar,” kata seorang wargamaya.

“Alhamdulillah, saya dengar sampai habis. Terima kasih share sebab sama-sama dapat belajar dan perbetulkan bacaan,” komen seorang netizen.

“Semoga kami juga dikurniakan istiqomah,” ujar seorang warganet.

Terdahulu, Amar secara terbuka mendedahkan dia sedang mendekatkan diri dengan agama. Malah tindakannya turut mendapat sokongan daripada isteri yang juga pelakon, Amyra Rosli.

BACA: Amar Baharin Dekatkan Diri Dengan Agama, Amyra Rosli Setia Sokong

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!