Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Video Sekumpulan Lelaki Menyerang Wanita Tular, Apa Yang Jadi Sebenarnya?

Azwa Rahman
24/05/2019 07:52 MYT
Kesucian bulan Ramadan tercalar apabila video sekumpulan lelaki yang mengerumuni sebuah kereta yang dinaiki dua wanita tular di media sosial.

Kejadian yang difahamkan berlaku malam tadi itu terjadi di kawasan Uptown Kota Bharu, Kelantan.

Menerusi video berdurasi satu minit itu, memaparkan beberapa lelaki merosakkan kereta wanita berkenaan dan memukulnya.


Meneliti komen-komen netizen di laman Facebook IRDK-Kelantan, difahamkan wanita tersebut memandu dengan laju sehingga memasuki kawasan berniaga.

Dia turut didakwa melanggar barangan-barangan peniaga dan turut terkena orang yang lalu-lalang.

Keadaan itu mencetuskan rasa marah peniaga dan pengunjung yang rata-ratanya lelaki lantas mengepung kereta wanita berkenaan.

Sebatang besi digunakan untuk merosakkan kereta wanita terbabit sehingga cermin belakangnya pecah.

Ada juga yang sampai naik ke atas kereta dan merosakkan bahagian bumbung kereta berkenaan.

Pihak Polis turut kelihatan untuk meredakan keadaan.

Menerusi penjelasan wanita itu kepada pihak polis, dia keliru dengan jalan di kawasan itu hingga memasuki kawasan berniaga lalu panik.

Biarpun wanita itu dikatakan bersalah, tindakan sebahagian lelaki yang turut memukul wanita itu mendapat kecaman netizen.

Semoga ada kesudahan yang baik bagi peniaga dan wanita terbabit.
#Viral #Ramadan #Viral #Kelantan
;