[VIDEO] Sekumpulan Remaja Perempuan Tunggang Kuda Drive Thru McD Beli Supper… Mampu?
Izwan Isa
25/05/2023 23:50 MYT
25/05/2023 23:50 MYT
Selalunya, restoran makanan segera McDonald’s atau McD merupakan tempat yang dituju jika kita ingin mengalas perut pada waktu malam.
Selain mudah dan murah, pelbagai menu yang tersedia juga cepat disediakan, membuatkan kita tidak perlu menunggu lama untuk menjamu selera.
Lebih-lebih lagi apabila kita ‘malas’ untuk masuk makan di restoran - hanya drive thru, dan makan di rumah.
undefined
Lain pula ceritanya dengan sekumpulan remaja perempuan di Kuala Terengganu. Viral di TikTok gelagat remaja-remaja ini yang menunggang kuda untuk membeli supper di sebuah restoran McDonald’s di sana.
Video berkenaan bermula dengan kelibat tiga ekor kuda mereka yang menunggu dalam barisan di belakang sebuah kereta.
Selepas kereta berkenaan bergerak, remaja-remaja berkenaan menunggang kuda mereka ke hadapan dan membuat pesanan sebelum membuat bayaran.
Meninjau ruangan komen, ramai yang menyifatkan video berkenaan sebagai sesuatu yang melucukan.