“Alhamdulillah Zamani telah dibenarkan keluar hospital petang ni” demikian kata-kata isteri kepada penyanyi Zamani, Juliana Abd Rani yang memaklumkan suaminya telah dibenarkan pulang ke rumah pada petang Khamis.

Terdahulu, vokalis Slam itu dimaklumkan sudah sedarkan diri selepas selamat menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang badan yang melengkung akibat penyakit scoliosis pada Isnin lalu.

BACA: “Dia Sudah Sedar…”-Zamani Selamat Jalani Pembedahan Tulang Belakang, Isteri Mohon Beri Ruang Berehat

Dalam pada itu, Juliana yang mewakili suaminya turut merakam ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang vokalis Slam itu menjalani pembedahan termasuklah pengacara Datuk Aznil Haji Nawawi.

“Saya dan Zamani ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada doktor, team operation dan semua kakitangan hospital serta kepada semua yang mengambil berat dan mendoakan Zamani sepanjang dia menjalani pembedahan sehingga ke hari ini.

“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Pak Nil (Datuk Aznil Hj Nawawi), semua peminat-peminat, pihak media dan para penyumbang dana untuk Zamani. Segala budi baik dan doa anda semua amat kami hargai sehingga akhir hayat,” tambahnya.

A post shared by Nur Juliana (@mrsj_zamani)


Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!