Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

[VIDEO] Selepas Dimarah Ibu, Aliff Syukri Serah Balik Takhta Penyanyi No. 1 Kepada Siti Nurhaliza - “Saya Dah Jadi Nombor 2…”

Asyikin Mayudin
28/04/2023 07:55 MYT
Ibu kepada usahawan kontroversi Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Bonda Rozita Ibrahim membantah tindakan anaknya yang mencanang kepada umum mengatakan dirinya penyanyi nombor satu negara di ruang komen Instagram penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Menerusi video di TikTok, Rozita yang sedang berdebat dengan Aliff berkata anaknya itu tidak layak untuk dibandingkan dengan Siti Nurhaliza yang sudah memenangi banyak anugerah.

“Mak tengok ada orang komen dekat media sosial yang kau kata ‘kenal tak saya, saya artis nombor satu’ dekat Siti Nurhaliza. Kau kenapa? Bodo*lah kau ini, nasib baik Siti tak kecil hati.

“Maaflah Siti, anak saya memang macam itu. Dia tahu kamu penyanyi nombor satu. Kau tak baik Syukri, orang menyampah dengan kau nanti. Kau tak malu ke?

“Kalau Siti, semua orang akui dan berapa banyak anugerah dia dapat, kau dapat anugerah apa? Kecaman sahaja,” katanya.

Pada video yang sama, Aliff tetap berkeras hati dengan mengatakan dia layak memegang gelaran berkenaan malah dia sempat berseloroh dengan mengkritik nyanyian Siti Nurhaliza.

“Tidak apa, awak (Siti) jangan takut, walaupun awak duduk belakang saya, saya tetap akan sokong awak. Suara awak sedap, cuma ada pitching lari sikit. Awak kena ikut macam saya punya suara,” ujarnya.

Bagaimanapun, enggan memanjangkan berdebatan dengan ibunya, Aliff akhirnya tampil memohon maaf kepada Siti dan mengakui silapnya kerana melukakan hati penyanyi kesayangan ramai itu.

“Siti Nurhaliza, saya minta maaf kerana tidak sengaja melukakan hati awak. Sekarang disebabkan mak saya dah marah, saya jadi dekat belakang awak la. Awak nombor satu.

“Saya serahkan saya punya anugerah saya kepada awak. Saya reda awak nombor satu. Saya minta maaf, saya janji tidak buat lagi.

“Awak ambillah balik nombor satu awak. Saya dah nombor dua, tidak apa la. Terima kasih Siti Nurhaliza,” katanya.

undefined
#Siti Nurhaliza #Aliff #Aliff Syukri #Bonda #Rozita
;