Usahawan dan selebriti media sosial, Nur Sajat meluahkan rasa kecewa melihat sikap segelintir lelaki di luar sana yang mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang ayah kepada anak-anak.

Jelas Sajat, biarpun keberadaan anak-anaknya jauh namun dia tidak pernah melupakan tanggungjawabnya, malah dia turut berpesan kepada kaum lelaki agar tidak melepas tangan dan hanya memikirkan nafsu semata-mata.

“Walaupun anak saya jauh, tanggungjawab saya tetap diutamakan dan diberikan kepada anak.

“Kalau anda lelaki dan ada anak dengan seseorang wanita walaupun hubungan tidak berjaya kemudian tidak menjaga anak tersebut, anda sebenarnya bukan lelaki, anda lebih teruk daripada po*dan," katanya.

Sajat berkata demikian menerusi sebuah potongan video yang dimuat naik seorang pengguna TikTok @Xxlivehuntersxx.

Sementara itu, jelas Sajat, biarpun dirinya adalah seorang po*dan dan dilahirkan sebagai lelaki namun dia masih mengutamakan anak-anaknya.

“Saya ni po*dan tau, saya dilahirkan lelaki tetapi jadi perempuan, saya tetap utamakan anak,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan balas, ramai wargamaya yang meluahkan rasa syukur apabila Sajat akhirnya mengakui dirinya seorang lelaki serta memuji sikapnya yang memberi nasihat kepada kaum lelaki lain.

kkkkk