,
Laman Utama

[VIDEO] Sempat Hadiri Konsert Zamani, Kasyara Harap Nyanyian Gerimis Mengundang Tak Dibandingkan Dengan Penyanyi Asal

Amri Hassan
02/10/2022
05:50 MYT
Kumpulan dari Indonesia, Kasyara memilih lagu Gerimis Mengundang nyanyian asal kumpulan Slam yang terkenal pada era 90an sebagai batu loncatan mereka di Malaysia.
Malah, kekuatan Gerimis Mengundang merupakan satu karya yang turut terkenal di Indonesia satu ketika dahulu seakan memberi sinar harapan buat Kasyara.
Jelas Faizal selaku pemain keyboard Kasyara, Gerimis Mengundang versi mereka diberi sentuhan terbaharu bagi penyesuaian pendengar tahun 2022.
"Ketika pertama kali menyanyikan Gerimis Mengundang versi ini, terasa segala memori ketika kecil semasa lagu ini hangat diputarkan kembali menjengah.
"Malah ia satu ‘kenangan’ yang amat diperlukan dalam menyampaikan lagu yang sarat dengan lirik menyentuh emosi ini.
"Jadi saya amat berharap tidak terpalit dengan situasi dibandingkan dengan penyanyi asal seperti yang terjadi kepada penyanyi lain.
"Besar juga harapan saya agar peminat Malaysia dan Indonesia dapat menikmati susun atur Gerimis Mengundang nyanyian Kasyara," katanya.
Mengagumi Slam dan Zamani sendiri, Kasyara turut berpeluang menyaksikan Konsert Doa Buat Zamani pada Jumaat lalu.
"Sebuah kenangan yang indah dan takkan terlupakan bisa perform di konser doa untuk Zamani.
"Bertemu dengan sosok idola yang sentiasa ramah dan selalu rendah diri ini memberikan pengalaman buat kami Kasyara.
"Doa kami untuk abg Zamani semoga segera sembuh..yuk record lagu Rindiani," katanya.

Siapa Kasyara?

Minat mendalam terhadap bidang muzik berjaya membawa produser serta komposer profesional Indonesia iaitu Faizal Andri Lubis ke peringkat yang tidak pernah dijangka.
Malah penglibatannya bersama beberapa nama besar industri muzik Indonesia antaranya Tompi, Glenn Fredly dan Radja Band merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dibeli dengan wang ringgit.
Lebih manis, Faizal sempat bersama sebahagian dari kumpulan Noah menggantikan David satu ketika dahulu.
Dan akhirnya kini Faizal memulakan langkah sebagai produser dengan mencungkil bakat bakat muda di Indonesia dan Malaysia.
Dalam perjalanan kerjayanya, Faizal merasakan dirinya bertuah apabila dipertemukan dengan seorang vokalis iaitu Kensen yang disifatkannya mempunyai kualiti vokal sebaik Aril daripada Noah Band.
Malah pada ketika itu, Kensen mula mendapat perhatian ramai apabila tular kerana kualiti vokalnya yang memukau.
Bermula detik itu, Faizal dan Kensen mula bersatu hati dengan menubuhkan kumpulan Kasyara pada Ogos 2021.
Kasyara juga telah melancarkan beberapa buah lagu di Indonesia yang mendapat sambutan memberangsangkan peminat muzik di Indonesia.
Mula sedar akan karya mereka yang berjaya memukau peminat, Kasyara akhirnya mengambil keputusan untuk melebarkan sayap ke Malaysia dengan menampilkan karya agung dari komposer tempatan iaitu Saari Amri sebagai single terbaru mereka.

Album sulung Kasyara

Kini Kasyara melancarkan Album pertama mereka yang bertajuk 'Diantara dan Lainnya' secara digital.
Terdapat 11 lagu di dalam album tersebut, Gerimis Mengundang • Hanya Sementara • Terbang • Dunia Pura-Pura • Cinta Tak Bicara • Ruang Hati • Berbagi Langit • Jangan Katakan Cinta • Hampir Tak Bernafas • Aku Dan Kau • Peace The World
Album “Diantara dan Lainnya” kini sudah berada di semua platform penstriman digital seperti Spotify, Joox, iTunes, YouTube music dan lain-lain lagi.
Video muzik Gerimis Mengundang sedia ditonton di saluran Youtube FABIS INCORPORATION bermula 1 julai 2022 lalu dan mendapat komen positif daripada peminat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hiburan

Seronok Bekerja Bersama, Nabila Huda Sifatkan Leona Bukan Bimbo - "Dia Kelakar, Manja & Bijak"

gempak
18/09/2024
07:55 MYT
Gerak-geri sering dikritik, pelakon Nabila Huda, menyatakan pempengaruh media sosial sensasi, Kasih Iris Leona, 22, sebagai seorang anak muda yang berbakat, bijak, kelakar dan bukan budak 'bimbo' seperti yang disifatkan netizen.