Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

[VIDEO] “Setahu Saya Allah Suka Kesederhanaan” - Tayang Telekung RM16K, Netizen Kritik Founder Bawal Exclusive

Izwan Isa
02/06/2022 03:50 MYT
Pengasas jenama tudung Bawal Exclusive, Haliza Maysuri menerima kritikan netizen apabila mendedahkan yang dia memiliki telekung yang bernilai RM16,000.

Menerusi laman TikTok, Haliza menulis kapsyen yang berbunyi: “Telekung berharga RM16,000 untuk jumpa Allah.

undefined
“Baru tak rasa bersalah pakai beg harga belasan ribu jumpa kawan-kawan,” tulisnya.

Sungguhpun begitu, kenyataan Haliza menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

“Bukann nilai telekung yang Allah pandang. Tapi ibadat kita Allah terima ke tidak paling takut.”

“Tapi jangan lah beritahu harga kak, takut orang cakap riak. Ibadat kita biar kita dengan Allah saja yang tahu.”

“Nanti cari kain kafan harga up lagi sebab betul-betul menghadap Allah nanti tu so mesti lagi nak kena mahal kan?”

Dalam pada itu, Haliza turut menerima teguran daripada pengguna TikTok yang bukan beragama Islam.

“Saya bukan orang Islam. Tapi saya percaya semua agama mengajar perkara yang sama iaitu Tuhan tak tengok harga tinggi tapi hati yang tulus ikhlas,” tulisnya.

Sebelum ini, jenama Bawal Exclusive pernah menjadi sebutan apabila syarikat berkenaan mengeluarkan tudung bawal yang berharga RM33,000.

#Bawal Exclusive #Telekung RM16,000