[VIDEO] "Setiap Kali Duduk Seorang Saya Akan Menangis" - Nabil Ahmad Kenang Arwah Bapa, Berjurai Air Mata Di MeleTOP
Shahrin Zulkifle
11/10/2022 14:30 MYT
11/10/2022 14:30 MYT
Pengacara Nabil Ahmad gagal menahan airmatanya ketika sedang mengemudikan siarang langsung program MeleTOP malam tadi.
Jelas Nabil, airmatanya akan terus mengalir setiap kali terkenang akan arwah bapanya Ahmad Haji Ismail yang telah kembali kepada pencipta 7 Oktober lalu.
Malah, dirinya menjelaskan tidak boleh duduk bersendirian dan bertindak untuk keluar bekerja semula bagi melupakan perkara itu buat seketika.
“Banyak lagi tanggungjawab saya belum buat pada dia (arwah), untuk buat perkara sepatutnya dan beri perhatian pada dia.
“Setiap kali duduk seorang saya akan menangis, saya akan teringat ayah.
“Sebab itu saya bekerja kerana tak mahu duduk seorang. Bila berkerja jumpa orang saya akan rasa okay sedikit.
“Arwah pergi pun dengan pengakhiran yang baik pada hari jumaat, “ katanya.
Momen itu turut dirakam dan dikongsikan menerusi akaun rasmi Instagram MeleTOP.
Pada program yang berlangsung selama satu jam itu, Nabil turut ditemani pelakon Datin Lisa Surihani selaku hos jemputan.
Terdahulu Allahyarham Ahmad Haji Ismail dilaporkan meninggal di Hospital Serdang akibat masalah komplikasi jantung.