Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

[VIDEO] Sharifah Sakinah Mungkin Cerai Jika Jumpa Lelaki Lain, Netizen Pula Yang Confuse! “Mak Pening, Tak Apa Kinah Asal Kau...”

Asyikin Mayudin 02/11/2022 | 01:55 MYT
Kenyataan pelakon Sharifah Sakinah yang mengatakan dia akan bercerai dengan suaminya, Michael Hensen jika bertemu lelaki lain ketika temu bual bersama Kosmo mengundang pelbagai reaksi netizen.

Menerusi video temu bual di TikTok, Sakinah mengakui rumah tangga mereka hanya dapat bertahan pada tahun pertama dan kedua sahaja sebelum ambil keputusan untuk berpisah.

“Tahun pertama dan kedua, kami survive. Tahun ketiga saya rasa memang rasional untuk kami berpisah sekejap. Bukan bercerai tetapi berpisah (separate).

“Tetapi kalau saya jumpa lelaki lain, saya akan minta cerai. Sebab saya tak nak nanti ada mulut lain bercakap,” kata Sakinah.

Biarpun rata-rata netizen berasa keliru dengan kenyataan tersebut namun segelintir mereka tetap mendoakan agar Sakinah bertemu bahagia yang dicari.

“Aku tak faham betul la… boleh ek macam ini. Ntah la, aku yang tak berapa moden kot.

“Mak pening… tak apa Kinah, asal kau bahagia,” komen netizen.

Sakinah turut memberitahu dia masih sayang dan berkemungkinan akan kembali ke pangkuan suami namun bukan dalam masa terdekat.

“Saya tak kata ini pengakhiran! Saya mungkin kembali kepadanya (I might come back to him). Tetapi bukan sekarang kerana anak-anak masih kecil. Sebab itu kami tidak boleh duduk serumah.

“Dia (Michael) punya budaya kena jaga anak walaupun dah bercerai. Seminggu anak dekat bekas isteri, seminggu kemudian dengan dia. Kalau dia pindah sini, dia kena bawa bekas isteri dan anak.

“Kami tidak mahu drama seperti itu. Tak apa, kalau kami ada jodoh, mungkin bukan sekarang tetapi mungkin 10 tahun lagi, saya akan kembali dekat dia. Saya masih cintakan dia. Saya cuma tak nak hubungan jarak jauh.

“Penat tau! Bila awak memerlukan dia di rumah tetapi dia tak ada. Tenaga dah habis dekat situ. Saya nak gembira. Nak fokus dengan kerja. Ini asyik marah saja,” ujarnya lagi.

Malah pelakon drama Girlfriend Aku Dari Neraka ini juga berkata gara-gara konflik itu, dia terpaksa melupakan keinginan untuk menimang cahaya mata lagi.

“Kami tak boleh nak ada anak. Saya memang nak anak tetapi tak boleh macam ini. Dia bukan sejenis lepas tangan selepas saya dah melahirkan anaknya. Dia nak jaga anak sebab dia seorang bertanggungjawab,” katanya.

Pada Februari lalu, Michael dan Sakinah mengumumkan sudah sah bergelar pasangan suami isteri selepas mengenali hati budi masing-masing sejak 2020.

Sakinah pernah berkahwin dengan juruterbang bernama Aliff Adha pada 2015 namun bercerai pada Mei 2020 dan mereka mempunyai seorang anak perempuan, Anais Adha, 5.

undefined
#Sharifah Sakinah #Netizen #Sakinah #Michael #Sakinah cerai #Sakinah lelaki lain #Sakinah Michael
;