Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

[VIDEO] “Shooting Time” - Syamsul Yusof Mohon Doakan Filem The Original Gangster

Mya Amri
15/01/2023 02:34 MYT

Walaupun kini hal rumah tangganya hangat diperkatakan namun itu tidak menghalang pengarah terkenal, Syamsul Yusof untuk terus menghasilkan karya terbaik.

Terbaharu, menerusi video pendek di akaun Instagram miliknya, Syamsul berkongsi perkembangan filem terbaharu arahannya berjudul The Original Gangster.

Dalam video tersebut, Syamsul berkata dia berharap orang ramai dapat menyokong filem tersebut.

“Shooting time. Doakan. The Original Gangster,” ujar Syamsul ringkas sambil tersenyum manis.

Video itu juga merakamkan Syamsul yang berada di set penggambaran bersama anak lelaki legenda seni tanah air, Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin iaitu Putera Hang Jebat.

“Dengar cerita awak menang kes (mahkamah). Alhamdulillah. Hai semua, kalau kalian tak tahu, ini adalah anak Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin. Al-Fatihah,” maklumnya.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

The Original Gangster menjadi antara filem yang tidak sabar ditunggu oleh penonton kerana dibarisi pelakon hebat tanah air seperti Datuk Rosyam Nor, Beto Kusyairy, Hairul Azreen, Shaheizy Sam dan Soffi Jikan.

Untuk info, antara karya Syamsul yang berjaya mencatatkan sejarah adalah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan dengan kutipan panggung RM97 juta di pawagam tahun lalu.

Terdahulu, nama Syamsul menjadi panas selepas mengaku sudah bernikah dengan isteri kedua, Ira Kazar berwalikan bapa pengantin perempuan tersebut di Thailand, baru-baru ini. 

BACA: Syamsul Yusof Mengaku Nikahi Ira Kazar Di Thailand

Pergolakan rumah tangga Syamsul dan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana terus menjadi topik bicara sepanjang minggu lalu hingga kini.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

#Syamsul Yusof #The Original Gangster