Pelawak Shuib Sepahtu menghadiahkan sebuah gitar untuk anak lelakinya, Ariq Matin sempena ulang tahun kelahiran yang ke-7 baru-baru ini.

Menerusi video di Instagram memperlihatkan kegembiraan Matin ketika memegang gitar sambil berjoget dan perkongsian itu menarik perhatian netizen.

“Daddy: Matin, Matin happy tak sambutan birthday Matin?. Matin: Happy daddy, Matin happy nombor satu. Daddy: Alhamdulillah I love you Matin,” tulis Shuib di kapsyen video itu.

Selain mengucapkan selamat hari lahir, rata-rata netizen berkata minat Matin terhadap muzik sama seperti arwah ibu yang juga penyanyi Siti Sarah Raisuddin manakala perangai kelakar ikut Shuib.

“Amboi, gitu eh main gitar goyang bontot. Nanti boleh jadi guitarist hebat, menyanyi hebat macam arwah mama dan pelawak macam ayah ya… happy birthday Matin.

“Tersentuh aku. Sebak bukan sebab sedih sebak terharu bercampur gembira sebab Martin gembira dapat gitar untuk hadiah. Tengok wajahnya. Martin, jadi anak yang baik.

“Matin ni betul-betul gabungan arwah dan Shuib. Masa kecil nampak sangat Shuib junior, suka naw dia buat lawak. Dah besar minat muzik pula. Alhamdullilah semoga membesar dengan penuh ilmu di dada ya nak. Semoga Allah selalu merahmati,” komen netizen.

Untuk rekod, allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempatnya Ayash Affan dalam keadaan dijangkiti virus COVID-19.

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)