Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

[VIDEO] Shukri Yahaya ‘Cari Nahas’, Kacau Isteri Tengah ‘Drive’ - “Part Last Itu Mesti Netizen Cakap Confirm Tidur Luar”

Asyikin Mayudin
22/11/2022 12:55 MYT
Tiada ucapan romantis sempena ulang tahun perkahwinan yang ke-7, pelakon Shukri Yahaya hanya berkongsi video dia mengusik isterinya iaitu Tya Adnan yang sedang memandu kereta.

Menerusi perkongsian video tersebut, Shukri menganggu Tya yang sedang fokus memandu sehingga menyebabkan isterinya mahu memberhentikan kereta.

“Tak nak la sayang, cukup… jap, I berhenti you bawa kereta la,” kata Tya.

Malah, Shukri turut menganggap rata-rata netizen akan mengatakan usikannya itu boleh menyebabkan dirinya terpaksa tidur di luar bilik.

“Happy anniversary yang ke-7 awak. Bukankah dia seorang yang penyayang? Part last itu netizen mesti cakap ‘confirm tidur luar’,” tulis Shukri di kapsyen perkongsian itu.

Bagaimanapun rata-rata netizen terhibur melihat gelagat pasangan suami isteri tersebut selain turut memberi ucapan sempena sambutan ulang tahun perkahwinan mereka.

“Alahai awat senyum seorang ini. Nak juga aku drive ada orang rakam macam ini. Selalu aku saja rakam orang.

“Sweet, mesti banyak semut. Akak suka tengok. Moga korang kekal bahagia hingga ke jannah. Sentiasa dalam keberkatan dan kerahmatan Allah.

“Setiap tahun tak pernah tak sweet. Happy anniversary Shukri dan Tya,” komen beberapa netizen.

Untuk rekod, Shukri mendirikan rumah tangga dengan Tya pada 20 November 2015 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aaira Ameena dan Maleeq Miqayl.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

A post shared by ?????? ?????? (@shukriyahaya)

#Shukri Yahaya #Tya Adnan #Tya #Shukri #Shukri Tya