Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

[VIDEO] Siapa Juara World Cup Qatar 2022, Ini Ramalan Safee Sali

Mya Amri
14/12/2022 16:00 MYT
Bahang perlawanan akhir Piala Dunia Qatar 2022 semakin dirasai dan pemain bola sepak terkenal negara, Safee Sali juga merupakan antara yang tidak sabar acara itu berlangsung.

Sama seperti peminat bola sepak lain, Safee juga mempunyai pasukan pilihan yang diharapkan dapat menjuari Piala Dunia tahun ini.

Siapa pilihan Safee? Ini jawapannya.

“Pilihan saya untuk Piala Dunia kali ini sudah tentunya pasukan Perancis kerana saya nak tengok juara yang dua kali defending champion.

“Jadi diharapkan Perancis boleh menang sekali lagi dan bertemu Argentina di peringkat akhir, good luck Perancis, saya akan tengok final nanti,” katanya ketika ditemui Gempak selepas program MeleTOP pada Selasa.

Ditanya mengenai perlawanan pasukan mana yang menjadi pilihannya sepanjang Piala Dunia, Safee memilih ketika Morocco bertemu Sepanyol.

“Bagi saya yang paling best sekali adalah perlawan di antara Morocco melawan Sepanyol. Memang perlawanan yang sangat dramatik, pemain Maghribi memainkan perlawanan itu dengan hati yang semangat dan bermati-matian jadi itu pertandingan yang menarik bagi saya,” jelasnya.

undefined
Pentas suku akhir Piala Dunia bakal menyaksikan perlawanan hebat antara Morocco dan Perancis pada jam 3 pagi ini.

Jangan lupa saksikan MeleTOP, setiap Selasa, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104).

Jangan lupa, undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.

#Safee Sali #Bola Sepak #Ramalan #Ramalan Juara #Piala Dunia Qatar 2022 #World Cup Qatar 2022 #Juara Piala Dunia 2022
;