Video tular memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang menghidap penyakit Sindrom Werewolf (Hipertrichosis) mendapat perhatian umum.

Memperlihatkan kanak-kanak tersebut yang diberi nama Baby Misclyen memiliki wajah yang dipenuhi bulu lebat seakan tumbuh rambut disekitar wajahnya.

Sementara itu, rata-rata netizen yang singgah ke ruangan balas mendoakan kesihatan Miscleyn dan menganggap dia seorang kanak-kanak yang unik dan cantik.

“Jangan delete video ini sampai anak ini membesar, biar dia tahu ramai yang sayang dan berdoa kepadanya.

“Allahuakbar, comelnya kamu adik, semoga adik dan penjaga sihat selalu, semoga dipermudahkan segala urusanmu.

“Allah bagi ujian ini sebab tahu adik ini kuat, semoga sihat selalu adik comel.” antara balas wargamaya.

Video yang dimuat naik di TikTok oleh pengguna @RabiatulAdawiyah yang juga merupakan rakan kepada ibu Miscleyn telah menerima lebih 22 juta tontonan dan 1.7 juta tanda suka.

Difahamkan, Miscleyn berasal dari Sarawak dan dijaga baik oleh kedua ibu bapanya.

@rabiatuladawiyah8896

Semoga allah memberi ku umur yg panjang supaya blh melihat awk mmbesar dgn sihat ? In sha allah ... Ada hikmah ada sebab mengapa allah temukan kita syg .. ☺️❤️ Jangan pernah merasakan org mmbenci mu kerana aunty ada utk kamu .. ##werewolfsyndrom ##fypシ ##viral ##tiktoksarawak ##foryou ##tiktokindonesia ##tiktokmalaysia??

♬ Cinta Terakhirku - Bagas Ran

Sekadar info, Sindrom Werewolf merupakan keadaan pertumbuhan bulu yang berlebihan secara luar biasa pada bahagian tubuh seseorang individu.

Penyakit ini juga adalah sangat jarang berlaku dalam kalangan masyarakat dan hanya terjadi kira-kira satu dalam 1 billion.

Terdapat pelbagai jenis Hipertrichosis antaranya Hipertrichosis Kongenital Lanuginose, Hipertrichosis Congenital Terminal, Nevoid Hipertrichosis, Hirsutisme Hipertrichosis dan Acquired Hipertrichosis.