Pengacara popular, Neelofa sering berkongsi mengenai rutin hariannya sebagai seorang usahawan di media sosial.

Tidak hanya itu, Neelofa juga tidak lokek untuk berkongsi informasi mengenai hal-hal melibatkan penjagaan anak dan juga perkara berkaitan rumah tangga.

Sama halnya dengan satu hantaran video di Instagram yang dibuat oleh bekas pengacara MeleTOP itu baru-baru ini.

A post shared by Neelofa (@neelofa)


Menerusi perkongsian video berkenaan, Neelofa dilihat sedang memberi perkongsian mengenai botol susu yang digunakan oleh Muhammad Bilal, anaknya.

Dirakamkan di bilik yang dipercayai milik Bilal, mata netizen tersorot pada ruangan almari pakaian anaknya yang disusun rapi, mengikut saiz dan warna.

Memantau ruangan komen, ramai yang memuji keadaan almari pakaian Bilal yang kemas dan dilihat persis butik pakaian.

Tidak kurang dengan itu, ada juga yang bertanya sama ada Neelofa bakal menimang anak kedua tidak lama lagi.

“Bilal closet’s is so clean and neat more than mine.”

“Ingatkan kedai baju, rupanya wardrobe Bilal omg.”

“Nanti nak Puan Neelofa buat tour baju Bilal tu sekali… benda bagus kena kongsi supaya rajin macam tu.”

“Singlet pun dia gantung. Kau?”

“Bilal nak dapat adik ke?”

“Lofa tak nak reveal ke dia pregnant tu?”

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.