[VIDEO] Siti Khadijah Selesa Sediakan Baju & Solekan Sendiri Di Set - “Bukan Nak Cakap Independent Actress Tapi…”
Asyikin Mayudin
06/02/2023 08:55 MYT
06/02/2023 08:55 MYT
Pelakon Siti Khajidah menerima pertanyaan daripada netizen yang ingin mengetahui adakah dia seorang aktres ‘Independent’ kerana dilihat membeli baju dan barangan hiasan sendiri di set penggambaran.
Hanya niat untuk berkongsi, Siti Khadijah berkata bukan semua produksi yang mempunyai bajet besar bagi menyediakan pakaian untuk para pelakon.
“Saya harap penjelasan ini tidak mengambil hati mana-mana pihak sebab saya hanya nak explain. Bukan nak cakap independent actress tapi depends on project.
“Kalau sesetengah projek premium seperti Astro Shaw, Viu, Sooka, ini kira premium sebab berbayar kalau nak tengok cerita di situ. Maksudnya produksi mereka besar dan mempunyai bajet besar.
“Untuk sediakan dari A ke Z seorang pelakon itu… jadi pelakon itu tidak perlu bawa barang ke set,” kata Siti Khadijah.
Bagaimanapun menurut Siti Khadijah, dia lebih selesa untuk menyediakan pakaian dan mencantikkan diri sendiri.
“Tapi kalau drama biasa di stesen TV biasa agak jarang untuk disediakan baju. Selalunya artis kena bawa baju sendiri. Mungkin ada yang tak tahu, jadi saya hanya beritahu saja.
“Artis selalunya beli sendiri baju untuk shoot kecuali kalau dapat tajaan, selalunya untuk hero dan heroin. Lagipun saya tak suka bergantung pada orang, saya suka sediakan untuk diri sendiri.
“Untuk solekan, mereka ada offer untuk solek saya. Tapi bergantung kepada pelakon itu sendiri nak solek sendiri ke tak. Saya suka solek diri sendiri sebab kenal wajah saya,” ujarnya.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
undefined