[VIDEO] Siti Nurhaliza Ada Sebab Tak Jadi Juri Tetap Big Stage 5 - “Bila Dah Ada Dua Ini, Komitmen Lagi…”
Asyikin Mayudin
10/05/2023 00:55 MYT
10/05/2023 00:55 MYT
Bukan lagi juri untuk Big Stage (2023) musim kelima, penyanyi tersohor negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza mempunyai sebab tidak sertai program realiti tersebut.
Menerusi perkongsian video pendek di TikTok, Siti Nurhaliza memberitahu salah satu sebab adalah dia mempunyai komitmen yang besar apabila sudah mempunyai dua orang cahaya mata.
“Kenapa TokTi tak jadi juri Big Stage lagi? Oh sebab saya dah dua orang anak, komitmen dah banyak. Balik jadi juri itu kadang-kadang waktu tidak mengizinkan.
“Dulu Aafiya pun saya terpaksa kata ok lepas habis itu saya minta maaf kadang saya tak boleh nak sertai pc dah sebagainya sebab anak kecil lagi.
“Bila dah ada dua ni, komitmen lagi besar la kan. Nak tinggalkan diorang,” kata Siti Nurhaliza.
Untuk rekod, Siti Nurhaliza pernah menjadi juri tetap untuk musim pertama, kedua dan keempat manakala untuk Big Stage musim ketiga, beliau berehat dan digantikan kepada penyanyi Faizal Tahir.
Dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose, Big Stage 5 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 10 minggu setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Big Stage 5 juga boleh di strim di aplikasi Astro Go.
Big Stage 5 juga turut menampilkan Aina Abdul dan Ajai sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.
Bintang yang bersaing dalam Big Stage 5 adalah Isaac Voo, Firdaus Rahmat, Meer Nash, Naufal Azrin, Aufahanie, Puteri Khareeza, Putera Muhammad, Nadeera Zaini, Dem Lepak Boyz (Duo) serta kumpulan M-pop perempuan, COEX yang terdiri daripada Mikaela Qistina, Amy Loh, Dalini, Eyqa Shahidan dan Elysha Khan.
Manakala bintang luar negara pula adalah Farhan Shah (Singapura), HoonDoo (Korea) dan Waode (Indonesia).
Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan terbaharu, Elica Paujin (2022).
undefined