Laman Utama

[VIDEO] "Skirt Che Ta Terbelah Nampak Macam Tayang Kaki & Peha"- Netizen

Syafiqah Jalal
05/01/2023
11:57 MYT
Pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta, 49, ditegur netizen gara-gara mereka mendakwa ternampak peha dan betis dalam video yang dimuat naik ke akaun Instagram.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mendakwa skirt yang dipakai Che Ta seperti terbelah hingga ternampak seperti peha dan betisnya ketika berjalan.
"Saya salah pandang ke? Ada part jalan yang macam nampak kaki ke Che Ta pakai legging?" soal salah seorang pengikutnya.
"Skirt tu terbelah nampak macam tayang kaki dan peha," dakwa salah seorang warga maya.
Video yang dimuat naik itu kelihatan isteri kepada Zain Saidin itu berjalan menggayakan koleksi tudung miliknya.
Malah tidak kurang juga menasihati Che Ta agar berpada-pada ketika berfesyen.
"Maaf jangan la sebab nak berfesyen terlupa akan niat bertudung dan tutup aurat ," nasihat salah seorang netizen
"Che Ta aurat tak jaga nampak peha dan betisnya, harap maklum," kata salah seorang warga net.
Pun begitu, ada juga berharap apa yang mereka nampak bukan kulit Che Ta tetapi seluar 'legging'
"Harapnya ada legging dalam tu," ujar salah seorang pengikutnya.
Sehingga kini Che Ta masih mendiamkan diri dan tidak memberi sebarang respon atau penjelasan mengenai dakwaan netizen.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Viral

Buka Gerai Makan Di Tengah Kubur, Netizen Seram: “Tengah Malam Mesti ‘Ramai’”

gempak
25/07/2024
09:55 MYT
Sepotong video memaparkan sebuah gerai ‘jajanan’ dibuka di tengah-tengah tanah perkuburan di Pati, wilayah Jawa Tengah, Indonesia berjaya mendapat perhatian ramai baru-baru ini.
Viral

Tak Sampai 15 Saat, Kos Hukuman Gantung Di Malaysia Mahal - “Macam Tak Berbaloi…”

gempak
24/07/2024
12:55 MYT
Seorang pengguna di aplikasi X berkongsi kos hukuman gantung pesalah di Malaysia yang didakwa mencecah RM1,975 seorang.
Hiburan

Didakwa Menggeletis Selepas Badan Kurus, Netizen Backup Abby Abadi - “Nama Pun Berlakon..”

gempak
24/07/2024
11:55 MYT
Selepas tampil dengan penampilan yang semakin langsing, setiap hantaran yang dimuatnaik pelakon Abby Abadi pasti meraih perhatian wargamaya.
Hiburan

Perkongsian IG Dihujani Tahniah, Nina Ismail Sabri Bakal Dirikan Rumah Tangga?

gempak
23/07/2024
01:39 MYT
Perkongsian di Instagram bekas isteri kepada pereka fesyen, Datuk Jovian Mandagie iaitu Nina Ismail Sabri sekali lagi mendapat tumpuan ramai selepas dirinya memuat naik gambar bersama keluarga dan seorang jejaka yang hanya dikenali sebagai Hafiz.