Pelakon popular Korea Selatan, Song Ji-Hyo dikhabarkan sudah pun tiba di Malaysia sejak lewat malam semalam.

Ketibaan aktres tersebut telah disambut baik oleh ratusan peminat di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) sejak awal lagi.

Dalam pada itu, keterujaan peminat melihat aktres kesayangan mereka itu membuatkan suasana hinggar sehingga ada seorang peminat wanita yang terjatuh disebabkan bertolak antara satu sama lain.

Menerusi satu perkongsian video yang di muat naik di TikTok @foreversjh, Ji-Hyo dilihat sedang dikawal ketat oleh petugas keselamatan, namun dia yang turut menyaksikan kejadian tersebut lantas menolong peminatnya yang terjatuh itu.

“Song Ji-Hyo lari selamatkan peminat dia yang jatuh, walaupun waktu itu dia mesti penat enam jam perjalanan atas kapal terbang,” tulisnya pada kapsyen.

@foreversjh Songjihyo's actions after seeing her fans fall ?? this is one of the reasons why people love her so much! #songjihyo #송지효 #koreanactor #songjihyoinkl #jihyoxglutanex #foryoupage #fypシ ♬ u can use this but give creds - Princess ᥫ᭡

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata peminat memuji tindakan murni ahli Runinng Man itu yang menolong wanita tersebut. Malah tidak kurang juga yang merasa ‘jealous’ kepada wanita berkenaan selepas ditolong oleh Ji-Hyo.

“Arghhh baiknya hati dia,” tulis seorang wargamaya.

“Aww tetiba rasa nak jatuh juga,” ujar seoarang warganet.

“Wanita itu sangat beruntung, saya jealous,” kata seorang netizen.

Untuk info, ketibaan Ji-Hyo ke Malaysia bagi mempromosikan sebuah produk kosmetik jenama antarabangsa yang mana dia juga adalah duta kepada produk tersebut.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!