[VIDEO] “Spontan! Dah Lama Tak Ada Atas Pentas” - Remy Ishak Seronok Jadi Sultan Melaka, Gementar Tapi Best!
Pelakon, Remy Ishak akui sedikit gementar sewaktu membuat persembahan bersama Fad, Sharif, Namie, Shuib dan juga Ajak dalam program UBI SUPERSTAR LIVE.
Bagaimanapun kata Remy, dia menganggap perkara itu sebagai satu cabaran buat dirinya yang sudah lama tidak membuat persembahan di hadapan orang ramai.
“Saya dah lama tak berada atas pentas tapi persembahan ini merupakan pengalaman yang bagus.
“Saya rasa sudah tiba masanya untuk saya muncul kembali untuk stage play. Penonton mungkin rasa okay tapi saya rasa akan jadi lebih bagus sekiranya saya cuba berkali-kali lagi,” katanya ketika ditemui Gempak.
Mengulas mengenai persembahan, Remy mengakui seronok dapat satu pentas bersama dengan para pelawak yang hebat.
“Selalunya kalau pementasan kita akan ada persiapan dan ikut skrip. Tetapi kalau komedi agak lain sebab mereka akan ada penambahan sendiri.
“Jadi saya kena sentiasa bersedia, kalau tidak memang kena. Sebab semuanya spontan jadi untuk episod pertama mencabar sebab saya belum pernah merasai vibes sebegini.
“Lagi pun saya dah lama tak buat pementasan jadi ia agak berat untuk saya tapi pengalaman yang menyeronokkan,” ujarnya.
Kemunculan Remy dalam UBI SUPERSTAR LIVE sebagai Superstar Misteri dan membawakan watak sebagai Sultan Melaka.
Manakala tetamu jemputan pula adalah Marsha Milan dan Che Man.
UBI SUPERSTAR LIVE bersiaran secara langsung, setiap Khamis, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107).
Untuk pilihan yang fleksibel, para penonton turut boleh strim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama.
Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati rancangan hiburan ini di Astro.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.