Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

[VIDEO] Suami Mia Ahmad Alami Kecederaan Di Kepala - “Ada Sedikit Jahitan, Jadi…”

Asyikin Mayudin
28/02/2023 03:25 MYT
Suami kepada aktres Mia Ahmad iaitu penjaga gol Sri Pahang Fc, Izham Tarmizi mengalami kecederaan di kepala ketika perlawanan yang diadakan di Paroi.

Sejurus berlakunya insiden pelanggaran dengan pemain Negeri Sembilan FC. Izham terus dikejarkan ke Hospital untuk rawatan susulan.

Menerusi perkongsian di Twitter Sri Pahang, Izham berkata dia menerima beberapa jahitan di atas kening dan bersyukur dirinya dalam keadaan baik.

“Alhamdulillah, saya dalam keadaan sihat, baik. Cuma ada sedikit jahitan, jadi tiada masalah. InsyaAllah, saya akan bangkit untuk perlawanan seterusnya atau akan datang,” kata Izham.

Mia Ahmad turut berkongsi keadaan Izham yang masih boleh bergurau dan menjaga bayi mereka biarpun menerima jahitan di kepala.

“Jom kita test, ceriakan orang tengah sakit. Semoga cepat sembuh,” kata Mia.

Difahamkan, kecederaan yang dialaminya dilihat serius kerana ia berlaku di kepala dan memerlukan rawatan serta rehat yang mencukupi sebelum boleh kembali beraksi.

undefined
#Mia Ahmad #Izham Tarmizi #Mia #Izham #Izham cedera #Izham jahitan #Suami Mia
;