Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

[VIDEO] “Suami Yang Berjaya Menjaga Isteri Dengan Sempurna”- Fizz Fairuz Syukur Almy Nadia Bertudung, Ramai Doakan Moga Istiqamah

Syafiqah Jalal
26/06/2022 01:36 MYT
Pelakon Datuk Fizz Fairuz mengucapkan syukur selepas memuat naik rakaman video isterinya, Datin Almy Nadia yang kini manis bertudung litup.

Menerusi perkongsiannya di akaun Instagram (IG) miliknya, Fizz sebak dan tiada kata hendak diungkapkan.

“Alhamdulilah…no caption…just sad…thank you Allah,” tulisnya.

Menerusi entri itu dia memuat naik menunjukkan suntingan video Almy yang berhijab penuh membawa anak-anak ke pusat permainan rekreasi terbesar , Legoland.

Hantaran itu bagaimanapun menarik perhatian pengikutnya yang rata-rata mendoakan agar Almy terus istiqamah dengan penampilannya.

“Masya-Allah suami yang berjaya menjaga isteri dengan sempurna. Berkat kesabaran Allah kurniakan hidayah paling indah. Cantik sangat,” puji salah seorang pengikutnya.

“Alhamdulilah cantik Datin pakai tudung. Moga terus istiqamah,” ucap salah seorang netizen.

“Apabila Allah menghendaki sesuatu…Alhamdulilah,” kata salah seorang warga maya.

Terdahulu, Almy ada memuat naik fotonya bertudung tetapi dia dan suami tidak memberi sebarang kenyataan dan membiarkan netizen tertanya-tanya dengan penampilan barunya.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014 telah dikurniakan empat cahaya perempuan iaitu, Nur Afrina Arianna, 6, Nur Afrina Aurora, 5, dan Nur Afrina Ayra, 3, dan Nur Afrina Aisyah baru berusia kurang setahun serta seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 12.

A post shared by Dfizzfairuz ?? (@fizzfairuzofficial)

#Anak #Fizz Fairuz #Almy Nadia #Berhijab #Bertudung #Isteri