,
Laman Utama

[VIDEO] “Suka Sangat Tengok Wajah Mereka… Indah Ciptaan Allah” - Da’i Syed Bertukar Cerita Dengan Individu Didakwa Cicit Nabi Muhammad

Asyikin Mayudin
18/10/2022
01:55 MYT
Sejak minggu lalu kecoh mengenai seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai cicit salasilah emas ke-38 Nabi Muhammad SAW datang ke Malaysia untuk menghadiri beberapa majlis keagamaan.
Di kesempatan itu, pendakwah selebriti Da’i Syed turut berpeluang berjumpa dengan individu yang dikenali sebagai Mawla Muhammad Amin Al-Idrisi.
Mengambil peluang yang ada, Da’i Syed menerusi video yang dimuat naik di TikTok miliknya meluahkan rasa teruja dapat berkongsi cerita dengan individu berkenaan.
“Kami saling bertukar cerita,” tulis Da’i Syed secara ringkas di kapyen perkongsian tersebut.
Rata-rata netizen suka melihat kemesraan Da’i Syed dengan individu itu selain memuji wajah mereka berdua yang kelihatan tenang.
Malah, aksi pendakwah yang juga seorang penyanyi itu bersalaman dengan salah seorang lelaki berjubah turut menarik perhatian segelintir netizen.
“Dua-dua comel… beruntunglah mereka cakap Arab. Tula dulu sekolah agama main-main. Sekarang tahu cakap Arab kalau menyanyi lagu Maher Zain saja.
“Suka sangat tengok wajah mereka berdua, Mawla dan Da’i Syed ni… Indah ciptaan Allah.
“Perasan dalam video ini semuanya tak mahu dikucup tangannya. Sebegitu sekali mereka tidak meninggikan martabat mereka,” komen beberapa netizen.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
@daisyed_
Kami saling bertukar cerita .♬ Bebaskan Diriku Cover - D e d
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Hana Ismail Akui Kekal Kuat Untuk Anak, Syukur Ada 'Confinement Lady' Jaga Masa Pantang

gempak
02/10/2024
16:23 MYT
Personaliti televisyen dan isteri kepada Da'i Syed, Hana Ismail menzahirkan rasa syukur setelah dibantu oleh seorang penjaga sepanjang dia menjalani fasa berpantang.
Hiburan

Mahkamah Tinggi Tetapkan Tarikh Baharu Sebutan Semula Kes, Da’i Syed Dilepaskan Dengan Jaminan Hanya Prosedur Biasa

gempak
24/09/2024
08:02 MYT
Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Selasa menetapkan 5 November depan sebagai tarikh sebutan semula pengurusan kes pendakwah bebas, Da'i Syed yang didakwa atas tuduhan merogol seorang wanita pada tahun 2020.
Terkini

Pesanan Da’i Syed Dekat Mangsa R*gol Kembali Tular, Netizen Anggap Mesej Disampaikan Tak Sensitif - “Gila Betul…”

gempak
01/09/2024
04:03 MYT
Nama pendakwah selebriti, Da’i Syed menjadi ‘buah mulut’ ramai pihak selepas dirinya disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun atas kesalahan merogol.
Hiburan

Kes Rogol: Da'i Syed Tarik Balik Rayuan

gempak
04/07/2024
01:52 MYT
Pendakwah selebriti Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memerintahkannya membela diri atas pertuduhan merogol seorang wanita, lima tahun lepas.
Laman Utama

Isteri Didakwa Keguguran Kerana Kifarah, Da’i Syed Akan Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Dua Wanita

gempak
28/08/2023
07:40 MYT
Da'i Syed mahu ambil tindakan
BorakSeeni