gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Sudah Ada 5 Anak, Ronaldo & Georgina Rodriguez Baru Bertunang
HIBURAN
Astro Audio Perkenal Aplikasi Eksklusif Setiap Stesen Radio
GAYA HIDUP
Pasangan Suami Isteri Empat Kali Juara Pertandingan Motorhome & Campervan Merdeka
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

[VIDEO] Sweet! Shuib Buat Trend Lagu ‘Swipe’ Dengan Wan Sharmila, Tapi Netizen Dapat Hidu Sesuatu “Kami Dah Faham Permainannya”

Asyikin Mayudin
Asyikin Mayudin
03/11/2022
00:55 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] Sweet! Shuib Buat Trend Lagu ‘Swipe’ Dengan Wan Sharmila, Tapi Netizen Dapat Hidu Sesuatu “Kami Dah Faham Permainannya”
Perkongsian video pelawak Shuib Sepahtu yang melakukan trend lagu Swipe bersama pelakon Wan Sharmila di laman sosial menarik perhatian netizen.
Rata-rata netizen meluahkan rasa teruja melihat keserasian Shuib dengan Wan Sharmila yang sebelum ini juga pernah digosipkan mempunyai hubungan istimewa.
“Kata la Wan Sharmila pula nak buka Bubblebee. Kalau boleh terus buka hati Shuib la. Padan sangat dah ni.
“Saya nampak muka seiras di sini… semoga Allah panjangkan lagi jodoh kamu berdua, aamiin.
“Wow nampak serasi dan sepadan sangat-sangat… semoga berjodohan,” komen beberapa netizen di ruang perkongsian di TikTok dan Instagram Shuib.
Malah terdapat netizen juga menjangkakan video tersebut hanya sekadar untuk gimik bagi mempromosikan kedai minuman baharu yang bakal dibuka.
“Outlet baru? Cari kontroversi buat video sweet-sweet, buka kedai baru. Kami dah faham dah permainannya bang Shuib,” komen netizen secara berseloroh.
Wan Sharmila mula dikaitkan dengan Shuib selepas beberapa foto serta video yang dikongsikan di Instagram ibu pelawak itu ketika dia menghadiri majlis bacaan tahlil sempena pemergian Allahyarham Siti Sarah Ogos lalu.
Sebelum ini, Wan Sharmila juga pernah mengakui selesa dengan keluarga pelawak dan pelakon popular itu namun menjelaskan hubungan mereka hanya sekadar rakan dalam industri hiburan.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
@shuibsepahtu Nak LIKE ke Nak SWIPE??? @Wansharmila Lala #fyp #swipe ♬ original sound - Shuib Sepahtu
Topic Berkaitan
#Shuib
#Wan Sharmila
#Lala
#Shuib Lala
#Shuib Wan Sharmila
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement