Laman Utama

[VIDEO] Syamsul Yusof Dedah Punca Sebenar Tak Jadi Cerai Puteri Sarah - “Pihak Dia Minta Duit Berlebihan & Harta…”

gempak
Asyikin Mayudin
18/04/2023
10:31 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] Syamsul Yusof Dedah Punca Sebenar Tak Jadi Cerai Puteri Sarah - “Pihak Dia Minta Duit Berlebihan & Harta…”
Pengarah Syamsul Yusof tampil menjelaskan mengenai punca sebenar dia menarik semula keputusan untuk melafazkan cerai terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana pada Selasa.
Menurut Syamsul, dia sebenarnya sudah bersetuju dengan permintaan Sarah yang memintanya untuk menarik semula kes nusyuz yang sudah difailkan dengan syarat aktres itu juga perlu menggugurkan kes melibatkan isteri keduanya, Ira Kazar.
“Tak nak anda keliru dengan kenyataan PS, tak nak jadi fitnah walaupun dah jadi fitnah. Minggu lepas, saya dan Sarah dah berjumpa dan berbincang tentang apa yang dia mahukan.
“Dia minta satu jumlah yang agak besar, dan ramai sebenarnya tidak setuju yang saya bersetuju. Tapi saya okay dengan apa yang Sarah minta. Saya boleh berikan apa yang dia nak.
“Sarah juga minta saya tarik kes nusyuz dia yang di mana Sarah ada hubungan dengan suami orang. Okay saya kata boleh tarik, dan begitu juga dengan Sarah.
“Kita tak nak panjangkan benda ni, Sarah minta saya tarik kes nusyuz dan Sarah juga tarik kes melibatkan isteri kedua. Dia setuju dan saya juga bersetuju… kita dah capai kata sepakat,” katanya.
Bagaimanapun, Syamsul mendedahkan dia menerima surat perjanjian yang baru daripada pihak Sarah dan peguam yang melibatkan perubahan dari segi jumlah tuntutan beberapa hari sebelum sebutan lafaz cerai.
“Sebelum hari ni, beberapa hari sebelum saya dapat satu surat perjanjian baru dari Sarah dan peguam. Memang totally berlainan dengan persetujuan asal. Pihak Sarah tukar dan minta duit berlebihan… harta.
“Yang saya rasa ia tak masuk akal. Sarah ada mention jangan beritahu apa yang dia minta. Sekarang ini dia putar cerita kata saya yang tukar dan buat u-turn sedangkan pihak Sarah yang tukar,” ujarnya.
Tidak mendapat kata sepakat, Syamsul akhirnya mengambil keputusan untuk melawan isteri pertamanya itu di mahkamah.
“Sebabkan Sarah tak mahu kata sepakat yang baik, tukar persetujuan asal, saya ambil keputusan untuk lawan. Pada asalnya tak melibatkan nusyuz atau kes isteri kedua saya, Ira Kazar. Itu bukan isunya.
“isu Sarah kenapa tiba-tiba minta duit banyak lagi ni, padahal yang dah beri pun lebih daripada perlu. Kalau ikut pilihan Sarah, tak dapat kata sepakat, kita fight dan serahkan kepada mahkamah,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live