Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

[VIDEO] Syed Saddiq Dedah Tabiat Pelik Di Panggung Wayang - “Saya Pakai Hoodie, Pakai Mask…”

Izwan Isa
18/01/2023 14:50 MYT
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendedahkan satu tabiat pelik yang sering dilakukan selepas selesai bekerja.

Mantan Menteri Belia Dan Sukan itu berkata, dia sering membeli tiket wayang pada sebelah malam sebaik sahaja habis kerja semata-mata untuk tidur!

A post shared by Studio Sembang (@studiosembang)


“Saya ni pelik sikit. Kebanyakan orang mereka suka tonton wayang ramai-ramai. Tapi bagi saya, selepas tamat kerja sekitar 11 atau 12 malam, saya akan ke panggung wayang.

“Apa yang saya lakukan? Saya beli tiket seorang diri, saya tengok movie paling random seorang diri, bukan movie blockbuster. Saya masuk dan tidur,” katanya ketika ditemu bual menerusi podcast Studio Sembang baru-baru ini.

Syed Saddiq berkata, tidur dalam panggung wayang sambil ‘menonton’ wayang perasaannya berbeza apabila tidur ketika menonton Netflix.

“Orang akan cakap pelik, tapi saya sendiri tak tahu. Dia macam white noise… Tak sama tidur dalam panggung wayang dengan tidur bila tengok Netflix. Very different.

“It’s something I do till today. Saya pakai hoodie, pakai mask. Pernah kantoi, tapi mereka faham dan tak kacau,” katanya lagi.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

#Syed Saddiq #Wayang #Studio Sembang #Tabiat Pelik