[VIDEO] Syura Badron Kongsi Cerita Disebalik ‘Bercinta’ Dengan Peminat Bernama Zaki - “Aku Tak Sangka La Abang Itu Boleh…”
Asyikin Mayudin
04/05/2023 12:55 MYT
04/05/2023 12:55 MYT
Tular sebuah video di TikTok memperlihatkan seorang lelaki yang dikenali sebagai Zaki Jinggo berasal dari Kuantan mengaku kononnya pernah menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi, Syura Badron.
Susulan dari video tersebut, Syura tampil memberitahu kemungkinan lelaki tersebut adalah peminat yang pernah ditemui sewaktu membuat persembahan di Kuantan sekitar 2001.
“Sebenarnya cerita dia macam ini, fasal video yang tengah viral sekarang ini… seorang lelaki yang dia cerita tentang pengalaman dia bercinta dengan aku.
“Kalau ikutkan apa yang dia cerita itu, bila aku tengok video itu balik rupa-rupanya dia cerita fasal aku ada datang ke Kuantan dua kali which is pergi Berjaya dengan Kuantan Parade.
“Lepas itu, aku ada panggil dia untuk menari atas pentas. Kalau sesiapa pernah tengok aku perform, aku memang jenis kalau menyanyi, memang suka panggil peminat atas pentas untuk menari dengan aku.
“Jadi, dari video itu aku rasa dia adalah salah seorang yang memang aku panggil naik dekat pentas dan menari dua kali dekat Kuantan,” katanya menerusi video yang dikongsikan di TikTok.
Malah, Syura juga mengakui dia pernah bergurau dengan individu tersebut dengan mengatakan dirinya sudah jatuh cinta seperti yang dikatakan lelaki itu.
“Jadi, mungkin la masa dekat atas pentas itu aku ada bergurau dengan dia macam tu. Macam dia cakap aku letak tangan dekat bahu dia, dan aku beritahu dia ‘abang, saya dah jatuh cinta dengan abang’.
“Benda ini dah lama tau, ini cerita tahun 2001 masa itu aku baru umur 14 tahun. Aku tak sangka la abang itu boleh ingat. Benda tak boleh blah sekali dia cakap lagu Kasih Tidak Dijamah itu lagu kisah percintaan kami.
“Dekat video itu juga, dia kata dia jual mahal dengan aku. Kesian wey cintaku tidak terbalas. Aku tetap menghargai sebab abang itu masih ingat. Untuk abang Zaki, Insya-Allah awal bulan 6 saya akan ada di Kuantan.
“Saya harap kita akan berjumpa… banyak lagi benda saya nak tanya. Macam-macam ya abang. Abang cakap tak terima cinta saya la… malu tau saya. Saya memang nak jumpa abang Zaki,” ujarnya.
undefined