Pelakon yang terkenal dengan watak kanak-kanak bernama Anjali dalam filem Bollywood Kuch Kuch Hota Hai iaitu Sana Saeed kini selamat bertunang dengan jejaka pilihan hatinya, Csaba Wagner.

Berita gembira itu dikongsi Sana dalam hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.

Difahamkan pasangan ini bertunang pada malam tahun baru 2023 di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Lebih manis lagi, Sana juga turut berkongsi video pendek yang merakamkan detik romantis teman lelakinya sewaktu melamar.

Selain itu, foto-foto di dalam video itu juga mempamerkan cincin berlian yang terletak cantik di bahagian jari manisnya.

A post shared by Sana Saeed (@sanaofficial)

Dalam pada itu, ruangan komen hantaran tersebut dihujani ucapan tahniah daripada peminat.

“Wah! Tahniah Sana, tak sangka dah bertunang, teringat lagi watak Anjali dalam Kuch Kuch Hota Hai,”

“Aww Anjali dah nak kahwin, dulu kecik je masa dengan Rahul heheh”

“Tahniah Anjali! Rahul okay tak tu hahaha. Rindu Kuch Kuch Hota Hai,”

Untuk info, Sana membuat kemunculan debut lakonannya dengan blockbuster Bollywood, Kuch Kuch Hota Hai.

Selain itu, Sana juga muncul dalam filem hits lain antaranya Har Dil Jo Pyar Karega dan Badal.