MAJLIS SIDANG MEDIA GEMPAK MOST WANTED AWARDS 2024
Laman Utama

[VIDEO] Tak Fasal Terkait! Netizen Tokok Tambah Kes Cerai Abby Abadi & Norman Hakim - “Yang Kata Saya Serang Ex…”

Asyikin Mayudin 09/01/2023 | 00:55 MYT
Nama Abby Abadi turut terkait dengan kontroversi rumah tangga selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah disebabkan aktres itu pernah melalui pengalaman berdepan dengan ‘orang ketiga’ dalam perkahwinannya dahulu.

Menurut Abby, dia tidak kisah jika netizen bercakap perkara yang baik namun berasa kurang senang apabila ada segelintir mereka yang menyebarkan cerita tidak benar mengenai kisahnya.

Nama Dikaitkan Dengan Kes Artis Curang

“Oh Malaysiaku. Bila ada isu rumah tangga dikalangan artis, ada yang curang, mesti terkait dan dikaitkan juga dengan saya ya. Saya buat video seronok-seronok pun macam-macam orang kata.

“Saya ok saja kalau cakap yang indah-indah tak apa. Ini memandai-mandai kata itu ini, siap bagi contoh kisah saya tu lepas tu sambung fitnah pada saya dulu, macam saya pula yang bersalah,” katanya.

Nafi Pernah Serang Bekas Suami di Lokasi Penggambaran

Menerusi perkongsian yang sama di TikTok, Abby turut berkongsi kisah disebalik apa yang berlaku pada rumah tangganya dengan bekas suaminya, aktor Norman Hakim.

“Jadi saya nak jawab, yang sejujurnya dulu saya tak pernah serang siapa-siapa, tak pernah ya sebab saya tak tahu siapa orang ketiga, ke empat semua tu.

“Sebab saya tak berjaya periksa handphone ex dan tak berjaya menjejaki gerak geri gasing dia waktu itu sebab dia kata dia busy shooting ya dan ex tu memang jenis lari-lari dan tak balik-balik. Jadinya, saya banyak tak tahu sebelum,” ujarnya.

Rahsiakan Banyak Perkara Daripada Keluarga & Anak-Anak

Abby memberitahu dia hanya ingin mencari bekas suaminya untuk penjelasan dan banyak perkara yang disimpan sendiri tanpa pengetahuan keluarga dan anak-anaknya.

“Yang kata saya serang ex dekat lokasi shooting, saya mencari saja sebab lama tak jumpa dan nakkan penjelasan. Tak ada bawa senjata apa pun. Dan bila jumpa orang kata saya marah, menangis, dah tu?

“Takkan saya nak seronok-seronok kalau ex tak balik dan sampai dah nak bercerai bagai? Aduh la akak-akak, achik dan abang bawang… tolonglah jangan lebih tahu ya. Saya yang melaluinya. Jadi jawapan dan segalanya semua dengan saya.

“Apa yang saya boleh cakap saya tak bercerita banyak benda. Terlalu banyak! Simpan lama ni… terlalu banyak yang hanya saya dan Allah yang tahu. Family pun tak tahu. Arwah mak dan ayah pun tak tahu . Adik-beradik pun tak tahu, anak-anak pun tak tahu. Jadi jangan buat palatao ok,” katanya lagi.

Untuk rekod Abby mendirikan rumah tangga dengan Norman pada 2002 namun pasangan itu bercerai pada 2009 dan mereka dikurniakan tiga anak cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim, dan Danisha Hakim.

Abby kemudiannya bertemu jodoh dengan Muhammad Faizal Zakaria pada Ogos 2015 manakala Norman pula berkahwin kali kedua dengan pelakon Memey Suhaiza pada September 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Biarpun mereka pernah melalui pengalaman pahit dalam rumah tangga, namun kini Abby kekal bersahabat dengan Norman dan Memey.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

undefined
#Puteri Sarah #Norman #Memey #Syamsul #Abby #Syamsul Sarah #Abby cerai #Abby Memey #Abby Norman #Norman Memey
;