Salam Muslim

Video Tak Kenal Maka Tak Salam Jadi Viral, Cecah 1.2 Juta Tontonan Dalam Sehari

Ahmad Shah
27/10/2015
09:48 MYT
Berapa ramaikah di antara kita yang akan memberikan salam ‘Assalamualaikum’ kepada orang yang tak dikenali? Jangankan memberi salam, nak senyum pun kadang-kadang susah. Malah jika diberi salam pun, ada di antara kita yang langsung tak memperdulikannya.
Sebuah video eksperimen yang dimuatnaik di laman Facebook Imam Muda pada petang semalam telah memaparkan visual tentang penerimaan masyarakat apabila seseorang yang tidak dikenali memberikan salam.
Eksperimen sosial ini adalah satu inisiatif daripada Pencetus Ummah untuk menggalakkan amalan menyebarkan salam dan sebagai bukti jika kita mulakan pendekatan secara baik, jika Allah izinkan baiklah juga responnya. #DakwahDenganAkhlak #PencetusUmmah.
Menariknya, video tersebut telah menjadi viral dan mendapat lebih 1.2 juta tontonan dengan 16,000 Like beserta respon yang positif, kurang dari sehari ia dimuatnaik di dalam laman Facebook tersebut.
Satu pencapaian yang boleh dianggap cukup luar biasa.
Apapun, dakwah yang sebenar adalah berdakwah dengan akhlak Rasullah s.a.w di mana berdakwah perlu dilakukan dengan pendekatan yang mesra dan berhikmah. Bermakna, berdakwah atau menegur dengan cara yang kasar tidak akan berkesan kerana ia akan meninggalkan kesan negatif kepada insan yang ditegur.
Saksikan sendiri, reaksi tidak terduga warga kota dalam eksperimen sosial ini. Jangan lupa untuk menonton Mimbar Pencetus Ummah, setiap Khamis, 9.30mlm di Astro Oasis & Maya HD.
"Tak kenal maka tak salam?"Saksikan sendiri reaksi tidak terduga warga kota dalam eksperimen sosial ini !Posted by Imam Muda on Monday, 26 October 2015
Teks oleh Helmi Zainalabidin
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Usaha, Istiqamah Dan Jangan Putus Asa” - PU Syed Sambung Balajar Phd

gempak
21/09/2021
06:50 MYT
Tahniah PU Syed!
Laman Utama

"Aku Tak Larat Untuk Makan Kata-Kata Hinaan Orang Lagi" - PU Abu Sufyan

gempak
27/01/2021
09:15 MYT
PU Abu sedih apabila sering menjadi bahan kutukan
Laman Utama

"Saya Doa Nak Mati Di Tanah Suci" - PU Amin Rindu Nak Ke Makkah

gempak
26/01/2021
09:50 MYT
Seronoknya rasa dapat pergi Tanah Suci
Berita

"Jadilah Seperti Ebit Lew" - Safiey Illias Bersedia Jumpa Mana-Mana Pendakwah

gempak
13/07/2020
08:45 MYT
Berita

"Saya Mohon Maaf, Saya Tak Reti Nak Reviu Ni" - PU Syed Tak Ambil Duit Bayaran Untuk Reviu Produk, Tapi Minta Salurkan Ke...

gempak
13/05/2020
05:01 MYT