Umum pasti sudah mengetahui bahawa isteri kepada angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar, Dr Halina bakal menimang cahaya mata ketujuh tidak lama lagi.

Bagaimanapun, Dr Sheikh Muszaphar memaklumkan terdapat beberapa risiko disebabkan isteri kesayangannya sudah berusia 42 tahun.

“Bukan mudah untuk hamil pada usia 42 tahun. Elderly Gravida atau umur ibu lanjutan, risiko yang lebih tinggi, komplikasi yang lebih tinggi, untuk ibu dan bayi.

“Jadi kami tahu kami perlu berjumpa dengan Dr Imelda. Dia yang terbaik. Pemantauan yang rapi diperlukan. Perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan,” maklumnya dalam hantaran terbaharu di akaun Instagram.

Dalam pada itu, Dr Sheikh Muszaphar juga memberi penekanan terhadap kepentingan jenis pemakanan yang diambil oleh ibu hamil bagi mengelakkan komplikasi yang tidak diingini.

“Pemakanan adalah penting. Senaman semasa hamil adalah satu kemestian. Diabetes dan Hipertensi semasa hamil adalah komplikasi yang perlu diperhatikan,” tegasnya.

A post shared by Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar)



Selain itu, Dr Sheikh Muszaphar juga berkongsi perkembangan anak di dalam kandungan Dr Halina.

“Baby sihat, jantungnya juga kuat. Ibunya harus kuat begitu juga dengan bapa… Saya sudah bersedia untuk melakukan apa yang sepatutnya.

“Menjaga enam orang anak sekaligus, berehatlah sayangku, perjalanan masih panjang. Tarikh jangkaan bersalin adalah pada 22 Julai. Berehatlah sebanyak yang boleh.

“Segalanya akan bertambah baik. Loya dan muntah-muntah akan berkurangan. Semoga kita tua bersama sampai syurga.

“Semoga dipermudahkan. Amin. Kali ini hanya seorang sahaja, mungkin kembar untuk lain kali…” tulisnya.

Terdahulu, Sheikh Muszaphar dan Dr Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.

BACA: “Setiap Kali Dr Halina Hamil, Saya Akan Tambah Berat Badan, Gemuk Bersama” - Netizen Puji Cara Dr Sheikh Muszaphar Support Isteri

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan enam cahaya mata, Sophea Isabella, 11, Sophea Natasha, 9, anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah, 3, serta kembar kedua, Sheikh Eusoff dan Sophea Emilia, 2.

Jangan lupa, undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.