[VIDEO] "Tak Nampak Macam 51 Pun" - Baru Sambut Hari Jadi, Netizen Kata Sheila Rusly Nampak Awet Muda
Shahrin Zulkifle
21/09/2022 05:00 MYT
21/09/2022 05:00 MYT
Pelakon dan penerbit Sheila Rusly menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-51 baru-baru ini.
Berkongsi momen gembira itu di Instagram miliknya, Sheila meluahkan rasa syukur kepada Tuhan sempena hari ulang tahunnya itu.
“Terima kasih Allah untuk hari ini, sentiasa bersyukur, Alhamdulillah,” tulisnya pada kapsyen.
Sementara itu, di ruangan balas, Sheila menerima ribuan ucapan tahniah dan selamat ulang tahun daripada rakan selebriti dan peminatnya.
Namun, ada juga diantara kalangan pengikutnya yang seakan tidak menyangka usia aktres itu sudah pun mencecah angka 50.
@aljannahsaad: “Happy birthday, semoga panjang umur, tetap cantik dan nampak muda walaupun dah 51, love sangat-sangat”.
@syahierahayra: “Tak nampak macam 51 pun, macam dalam 40, happy birthday, semoga dipermudahkan urusan”.
@syibratuain: “Wah happy birthday, 51 tapi macam 31 je,” antara komen wargamaya.
Untuk info, Sheila telah mendirikan rumah tangga bersama pasangannya yang juga merupakan seorang pengarah dan penerbit Azman Yahya, 56, atau dikenali sebagai Jinggo pada 1995.
Hasil perkahwinan, mereka telah dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Uzair Haqimy dan Luth Mikhail.
Sementara itu, Uzair pula telah memilih aktres Elisya Sandha sebagai pasangan hidup dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Bunga Elhaq yang kini berusia empat bulan.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!