Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Viral

[VIDEO] "Tak Pasal-Pasal Aku Pun Nangis Sekali" - Dayah Bakar Kongsi Detik Berpisah Suami Ke Australia, Ramai Boleh Relate!

Amri Hassan 09/01/2020 | 05:18 MYT
Personaliti televisyen Dayah Bakar berkongsi sepotong rakaman detik-detik terpaksa berpisah dengan suami di lapangan terbang.
Difahamkan suaminya, Kapten Muhammad Hanif Hamidi ditugaskan ke Australia untuk berkhidmat di sana.
"Tchanif akhirnya berlepas untuk menunaikan tanggungjawabnya di tempat yang jauh dari kampung halaman.
"Saya sentiasa mengagumi keberanian dan berbangga apabila melihatmu membawa Jalur Gemilang.
"Jumpa nanti dan jaga diri," tulisnya pada kapsyen video terbabit.
Dalam rakaman itu, Dayah yang turut ditemani keluarganya kelihatan sebak untuk melepaskan suaminya pergi.
Hingga Dayah akhirnya menitiskan air mata sambil melihat Hanif berlalu.

Been keeping this until my Tchanif officially flying off today to his new responsibility , a place away from homeland . I always look up to your courage and seeing you carrying our flag is indeed a proud moment for me . In sha Allah, you’ll do great there. You always said about 2 things , “Knowledge and character. If you cannot have both, choose character .” My Captain Hanif Hamidi, you got it both and so much more . I see you soon in ?? . Be safe . I love you so much. Always have , always will ?

A post shared by YOUTUBE : DAYAH BAKAR CHANNEL (@dayahbakar) on

Situasi itu mencetuskan rasa hiba dalam kalangan pengikut media sosial Dayah yang rata-ratanya pernah berdepan dengan situasi sama.
"Aku faham sebab suami aku pun askar," tulis @izzaty_mzain.
"Teringat masa suami saya kena terbang ke United Kingdom selama 7 bulan. Masa itu saya tengah hamil pula. Memang menangis," sahut @nohimoshi.
"Baru faham perasaan bila suami tak ada di sisi waktu bekerja di luar kawasan. How strong my mom once upon a time nak besarkan anak-anak bila abah kena duduk berjauhan sebab bekerja sebagai tentera," tambah @bahijah.tarmizi.
"Semoga Allah melindungi semua pahlawan negara walau dimana mereka berada. Saya dua bulan lepas nikah suami dah kena pergi operasi," kongsi @dayah_kahar.
Dayah dan Hanif berkahwin pada 29 Jun 2018 selepas berkenalan sejak sekian lama dari bangku sekolah lagi.
#Viral #Viral #Suami #Australia #Dayah Bakar
;