VIRAL

Video Tak Senonoh Bekas Suami Tular, Pempengaruh Mohon Henti Sebar - “Owner Akan Takedown…”

Umirah Halim 22/07/2025 | 02:55 MYT
Pempengaruh media sosial, Jasmin Sopeah memohon orang ramai menghentikan penyebaran video tidak senonoh dipercayai melibatkan bekas suaminya, Fakha, yang tular baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran di platform Threads, Jasmin tampil memohon agar warganet tidak lagi menghebahkan isu berkenaan dan memberi ruang untuk dirinya serta anak mereka meneruskan hidup dengan tenang.

“Assalamualaikum semua warga thread, min tak tahu nak mula dari mana. Min mintak jasa baik semua untuk menghentikan semua ni sebab dah sampai masa untuk kita stop hype-kan yang di sana.

“Sebab min pun dah buat report polis. Apapun, terima kasih semua yang mendoakan kebahagiaan min dan anak,” tulisnya.

Jasmin turut memaklumkan bahawa pemilik akaun yang berkongsi video berkenaan akan menurunkan kandungan tersebut dalam masa terdekat.

“Alhamdulillah, owner-nya akan takedown. Terima kasih semuanya,” katanya ringkas.

Terdahulu, sebuah akaun dipercayai milik bekas teman wanita Fakha mendedahkan rakaman video yang disifatkan tidak senonoh dan memalukan di saluran Telegram.

Imbas kembali, Jasmin dan Fakha mendirikan rumah tangga pada Mei 2022 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Faleeq. Namun, pasangan ini memilih untuk berpisah pada tahun 2024.

Sumber: Threads

#Viral #Jasmin #fakha #sopeah